Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ahmad Ammar

Ahmad Ammar: Satu Kematian Yang Hidup; Legasi 1993-2013

Rate this book
"Satu Kematian Yang Hidup"

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberikan pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang malaysia pertama disemadikan di sini.

Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius dikalangan rakan-rakan, masyarakat malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahuai dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam rutin hariannya. Namun beliau merupakan pelajar cemerlang mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang "syahid yang tertangguh". Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk Syria.

Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Pada tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. "Kematian yang hidup" bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat anak muda selepas kematiannya.

146 pages, Paperback

First published January 1, 2014

7 people are currently reading
63 people want to read

About the author

Mohammad Qayyum A. Badaruddin

44 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (31%)
4 stars
17 (27%)
3 stars
10 (16%)
2 stars
10 (16%)
1 star
5 (8%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Diya Nordin.
Author 6 books34 followers
January 13, 2014
Author : Mejar (B) Mohammad Qayyum A.Badaruddin
Publisher : Casamas Resources Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5994-12-8
Harga :
Semenanjung : RM 19.00
Sabah/Sarawak :RM 21.00


Membaca buku ini, lama saya diam dan merenungkan.
Saya kagum dengan ibu dan ayah Ahmad Ammar dalam pelbagai sebab.
Saya kagum dengan visi dan misi ibu bapanya yang jelas untuk anaknya.

Dan menelusuri buku ini,
Saya bukan hanya mengagumi keluarga ini, tapi saya jadi yakin dan percaya pada janji Allah - Allah akan membantu siapa saja yang membantu agamanya.

Dalam jutaan ibu bapa hari ini yang menginginkan anak-anak mereka menjadi doktor, peguam, jurutera, arkitek dan akauntan masih ada ibu bapa yang hanya inginkan anaknya bekerja untuk ummah. Dan atas misi itulah bapa Ammar menghantar anak lelaki tunggalnya untuk mendalami sejarah Islam Turki Uthmaniyah di Turki.

Pada yang meminati dan suka sejarah, anda pasti tahu - ada sesuatu pada sejarah itu yang membuatkan kita berfikir. Bagaimana kegemilangan seperti ini mampu kita ulang semula? Itu yang selalu saya rasakan setiap kali saya hadamkan buku-buku sejarah Islam ketika subjek itu saya ladeni semasa di tingkatan enam.

Di dalam buku ini - ceritanya bukan hanya cerita Ammar, tapi dikaitkan juga tentang risalah an-Nur. Dikaitkan juga dengan beberapa cerita lain yang saling berkaitan kepada pembentukkan Ammar dan misi serta visi ibu bapanya.

Terlalu banyak yang ingin saya kupaskan hingga saya sendiri kurang pasti, bagaimana harus saya mulakan. Tetapi pada anda yang barangkali sedang mencari diri.
Pada anda yang sedang dan masih mencari tujuan untuk hidup dan mengisi sesuatu dalam kehidupan ini, barangkali membaca buku ini akan membuka minda anda pada satu perspektif yang baharu.

Buku ini boleh di beli di sini :
http://gptd.blogspot.com/p/buku-ammar...
Profile Image for Nisah Haron.
Author 27 books372 followers
March 7, 2014
Membaca buku ini selepas membaca "Cerita Cinta Ahmad Ammar". Tidak dapat tidak saya harus membuat perbandingan. Gaya penyampaian buku ini lemah kerana banyak yang bersifat 'laporan' dan tiada jiwa. Bagi yang tidak kenal Ahmad Ammar, mungkin buku ini boleh dijadikan 'pengantar' atau teks pengenalan. Untuk lebih terasa emosi dan kisah yang dibuka satu per satu, buku Cerita Cinta Ahmad Ammar jauh lebih baik.

Banyak elemen motivasi dan dakwah di dalam buku ini jelas dipetik dari buku lain. Tidak ada masalah, kerana sumber-sumbernya dinyatakan pada hujung buku. Sayangnya, buku ini tidak diolah dengan baik. Ia sekadar menyokong buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar"
Profile Image for Ammar Ibnu ziyadi.
38 reviews4 followers
February 20, 2014
Mungkin sebab mengenai seseorang yang mempunyai nama yang sama dengan saya, saya tertarik untuk membelinya. Anak muda ini telah mencetuskan suatu fenomena beberapa bulan lepas. Dalam usia yang muda telah banyak berbakti pada ummah, hingga buat kita terfikir bagaimana sebenarnya kehidupan kita selama ini.

Cerita mengenai allahyarham dalam buku ini saya kira tidaklah melampau-lampau sehingga para pembaca mengagungkan beliau, cukuplah sekadar mengambil semangat serta tauladan dari seorang anak muda kontemporari. Penulis juga menyelitkan isi-isi yang mana saya dapati ada yang bersifat 'filler' (sekadar memenuhi buku) dan ada juga yang menarik untuk diketahui seperti kisah Badiuzzaman Said Nursi dan Risalah Nur, biografi tokoh yang saya kagumi iaitu Syeikh Muhammad al Ghazali dan artikel-artikel motivasi buat pemuda.

Bacaan yang tidak menghampakan tetapi masih boleh diperbaiki.
Profile Image for Siti Shareeza.
6 reviews3 followers
March 17, 2014
mungkin review saya ni tak disenangi orang, tp ini apa yg saya rasa sepanjang membaca buku ini.

malang sekali dengan tajuk buku yang hebat, tp agak kecewa dengan content nya. content dalam buku ini sangat sedikit diceritakan tentang arwah ahmad ammar. cerita nya seolah2 tangkap muat yang diambil dari internet dan surat khabar biasa. malahan adakalanya sirah yang diceritakan tidak dikaitkan langsung dengan keperibadian arwah. gambar2 seolah2 dicopy dari source internet.

walaupun ada kisah ahmad ammar yg diceritakan dalam buku ni, malangya cerita itu hanyalah kurang 50%.

lebih mengecewakan gambaran cerita tentang ahmad ammar dr perspektif ahli keluarga arwah seolah2 penulis buku tidak mendapatkan maklumat tersebut secara langsung dr sumber ahli keluarga sebaliknya hanya mengambil dari cerita2 org.
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
January 30, 2015
Sebagai antara pimpinan dalam GPTD Unisel dan PKPIM Unisel, saya selalu mendapat kesempatan bertemu dengan Tn Hj Ahmad Azzam dan Kak Azlina. Cuma, saya tak pernah bertemu dengan Ammar. Mungkin ada kami bertemu di Muktamar ABIM Pusat tahun lalu (2013), cuma ketika itu saya tak mengenal Allahyarham sebagai anak kepada Tn Hj Ahmad Azzam. Benarlah, Ammar semasa hidupnya kurang dikenali namun kematiannya adalah kematian yang menghidupkan.
10 reviews7 followers
March 17, 2014
Tersasar jauh dari apa yang diharapkan. Penceritaan kurang ' berjiwa'. Isi agak terabur dan seakan tiada fokus yang jelas.

Tapi, masih banyak mutiara yang boleh dikutip darj buku ini. Readable but not recommended if you can hardly find time for reading.
3 reviews
October 21, 2015
Very bad. Bukan tulisan asli. Seperti copy paste dari internet
Profile Image for unggu Lavender.
2 reviews
February 17, 2015
Ada 4 perkara yang dipandang sebagai ibu iaitu
1.Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2.Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3.Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4.Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
Profile Image for Nurul Akmal.
13 reviews3 followers
August 4, 2016
bila baca buku ni hati berkobar kobar nak anak macam ahmad ammar. harapan perginya 1 ahmad ammar Allah gantikan dengan 1000 ahmad ammar yang lain untuk naikkan martabat islam
35 reviews1 follower
June 26, 2014
Ayat digunakan tidaklah 'canggih', tapi isinya itu sampai.
Syahid yang tertangguh!
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
June 5, 2015
Satu kematian yang mengejutkan jiwa-jiwa anak muda dari terus terlena. Ayuh, kita bangkit . Sekali lagi, pemergianmu bukan untuk ditangisi namun pemergianmu menjadi inspirasi buat kami.
Profile Image for rohanibr.
8 reviews2 followers
August 6, 2016
lepas baca buku ni ...rasa nak baca `Cerita Cinta Ahmad Ammar` pula.. mungkin lebih berjiwa..
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.