Kita sering merasakan apa yang kita miliki sekarang tidak cukup. Jika ditambah, ada sahaja perkara lain yang kita inginkan dan perlukan. Gajet baru, baju baru, gaji tinggi. Jika tidak dapat, kita sedih, kecewa dan murung. Jika dapat, kita gembira, namun kemudian …
Kita akan mencari lagi dan lagi – yang lebih baru, yang lebih cantik, yang lebih hebat. Duit, masa dan tenaga yang dilaburkan semakin banyak, tetapi kita masih belum puas hati.
Tanpa sedar, kita terperangkap dalam satu kitaran berbahaya.
“Aku nak lagi.”
“Apa yang aku ada belum cukup.”
“Aku perlukan semua ini.”
Mengapa kita berada dalam situasi ini?
Sebenarnya, apakah perkara yang kita betul-betul perlukan? Adakah wujud satu “produk” di dunia ini yang boleh mengisi kekosongan dalam diri itu?
Menerusi buku ini, Fakhri Fadzli menjelaskan kepada kita bahawa punca segala masalah yang timbul akibat keinginan berterusan ini adalah kerana kehilangan rasa bahagia dengan apa yang ada. Dengan tulisan yang santai, penulis mengajar kita cara membina kekayaan jiwa melalui qanaah – berasa cukup dan reda dengan susunan Allah SWT.
“Jika engkau memiliki hati yang berasa cukup, engkau dan raja dunia sama sahaja.”
I love this book. A good reminder untuk kita sentiasa bersyukur, berasa cukup dan memiliki qanaah. Antara buku yang baik untuk dibaca di bulan Ramadhan (dan bulan lain juga)
Siapa nak rasa bahagia dalam dunia yang serba serbi tidak adil dan tidak cukup ini, baca lah buku ini agar kita faham cara melihat dunia, bukan hanya dengan mata, tapi dengan Qanaah (rasa cukup : contentment for whatever is present now).
Sebenarnya kita dah salah faham tentang gembira, sehingga lupa diri, kita tak kenal sifat diri sendiri as a human & His servant. Let's change our life untuk lebih memaknai nya. Stop kejar kebahagiaan sehingga lupa untuk gembira.
Sebenarnya apa yang kita nak dalam hidup? Semua orang jawab - happy. Actually kita nak tenang, menerima segala ketentuan sama ada takdir yang kita suka atau tidak.
Kita hanyalah manusia yang serba kurang yang tidak pernah habis menginginkan sesuatu. So where's the end of this tiresome circle? This book literally speaks in humanity language with emotion, not the unrealistic motivational non-fiction.
Let me give you one of the meaning of Qanaah that I learned from this book ; contentus - merasa lengkap tanpa sebarang keinginan terhadap sesuatu yang tiada. Has anyone of us have this feeling?
"Manusia yang paling kaya adalah yang paling sedikit keperluan hidupnya". Kekayaan dan kemiskinan bergantung pada tahap keperluan diri terhadap sesuatu.
Sebuah buku yang membahas konsep kebahagiaan dan kepuasan hidup melalui pendekatan sederhana. Dalam buku ini, penulis mengajak pembaca untuk menghargai apa yang ada dalam hidup dan memahami bahawa kebahagiaan tidak semestinya bergantung kepada banyaknya harta atau pencapaian besar.
Fakhri Fadzli menekankan pentingnya bersyukur, hidup dengan kesedaran, dan menemukan kebahagiaan dalam hal-hal kecil sehari-hari. Dengan memberikan panduan praktikal dan refleksi mendalam, buku ini bertujuan untuk membantu pembaca menyemai rasa bahagia dan memberi makna kepada setiap saat, walaupun dalam kesederhanaan.
Melalui kisah dan pengalaman, penulis menyampaikan mesej bahawa kebahagiaan sejati datang dari dalam diri dan bagaimana kita melihat serta menghargai kehidupan sekitar kita. Sebuah bacaan yang inspiratif bagi mereka yang ingin menemui kebahagiaan dengan apa yang ada dan hidup lebih bermakna.
Saya bukan penggemar kucing, tapi saya suka cover buku ini.
Dari segi penyampaian dan naratif yang dibawa bagi saya sangat santai tapi sampai. Penulis bagi dalil dan bagi penerangan menurut perspektifnya bagi saya sangat menarik. Saya sangat suka bila penulis mengaitkan ilmu agama dengan kajian dari negara barat (ya kita akui mereka lebih advance dari segi ilmu keduniaan) menunjukkan penulis merupakan seorang pembaca bahan bacaan yang luas dan pelbagai.
Ada beberapa point dalam buku yang membuatkan saya mempunyai AHA! Moment, saya baca dan fikir betul jugak eh.. ada perspektif atau sudut pandang yang tidak pernah terlintas. Perkataan Qanaah tidak asing bagi saya sebagai bekas pelajar sekolah agama tapi cara penulis mengulas perspektif qanaah bagi saya sangat menarik dan tidak meleret2. Membuatkan mudah untuk saya menjiwai makna Qanaah.
Penulis berjaya membawa kita melalui beberapa perspektif dan contoh sifat Qanaah melalui kisah para rasul dan juga rakyat biasa.
Dalam dunia consumerism, di mana akses kepada hal-hal materi dan keduniaan sangatlah mudah dan melampau, saya kira buku ini sangatlah PERLU BACA kepada semua orang!
Tahniah kepada penulis, teruskan berbagi manfaat kepada semua melalui penulisan anda.
dia macam dengar org membebel suruh barasa kucup dng hidup walaupun hidup kite simple. banyak dia ceritakan kesusahhan org yg hidup zaman dalu and bagaimana depa berasa bersyukur walaupun kehidupan susuah . buku ni terlalu byak ruang kosong yang buat buku tu tebal. should be boleh je nka.pack kan 1 muka surat 😅... buku ni kene baca time tenang2 tak serabut... baru bileh enjoy
Buku yang baik untuk bagi kita faham apa itu qanaah.
Kita mungkin tahu maksud qanaah secara ringkas itu adalah rasa cukup, tapi sejauh mana kita faham erti cukup tu untuk diapply dalam hidup kita? Sama ke qanaah dengan erti syukur? Jadi bila baca buku ni, kita akan lebih faham tentang qanaah dan bina kekayaan jiwa dari dalam. Penulisan buku pun santai jadi saya rasa ia bacaan yang buat kita lebih senang 'adapt' dgn topik-topik yang diketengahkan di samping ada penerangan ringkas tentang ayat² quran dan hadis yang berkaitan dengan subtopik dalam buku. Kita manusia memang makhluk yang banyak keinginan. Kita takkan mampu nak miliki semua benda dalam dunia. Jadi, qanaah adalah kenderaan yang kita perlu untuk sampai kepada erti syukur. Seperti yang telah dinukilkan penulis;
Sifat qanaah mendorong kita agar memperlahankan sedikit kehidupan dan mengajar kita untuk melihat nikmat yang ada bersama kita, bukannya melihat nikmat yang sudah hilang atau tiada di sisi kita.
Ohhh, dan persoalan tentang jika kita sudah rasa cukup, kenapa kita kena sentiasa perbaiki diri turut disentuh penulis dalam buku ni dan jawapannya sangat-sangat membantu meredakan kekusutan saya terhadap persoalan itu jua;)
Buya Hamka juga pernah berpesan, rasa qanaah adalah di hati dan bukan di tangan. Hati perlu rasa cukup, tapi tangan perlu tetap berusaha.
Silakan baca buku ni untuk faham lebih lagi tentang 'sedikit tapi cukup'.✨
Buku yang bagus. Sarat dengan ilmu baru. Bagi sesiapa yang benar2 mahu faham maksud sebenar qanaah, bagimana harus qanaah dan perlu qanaah dari segi apa boleh baca buku ni. Selain itu, buku ini sebutkan sifat dunia yang membuatkan kita tidak mampu qanaah dan sifat kita sendiri yang sukar qanaah. Akhir skali, penulis memberi beberapa doa agar kita menjadi orang yang bersifat qanaah.
Banyak persoalan dalam kepala sebelum ini sudah terjawab kecuali satu. Iaitu sejauhmana kita perbaiki hidup kita menunjukkan kita tidak istiqamah? Atau sejauhmanakah sifat qanaah bertepatan dengan cara kita perbaiki hidup? Atau saya tak sempat faham dan terlepas pandang?
Oh ya, berkaitan susun letak tulisan kurang memuaskan. Mungkin pereka dalaman berfikir, buku sebegini tidak seharusnya dipadatkan dengan tulisan untuk setiap muka suart. Tapi ia terlalu kosong dan berjarak menjadikan buku ini tebal. Walhal boleh dikurangkan lagi ketebalannya.
Apapun, buku ini cantik dan tahniah kepada penulis yang berjaya menghasilkan buku yang sangat bagus.
Saya memilih buku ini sebagai salah satu buku yang dibeli dari SIBF kerana saya inginkan tips untuk lebih merasa syukur dengan nikmat yang ada. Namun, buku ini memberi lebih dari itu walaupun ianya agak nipis.
Sebagai seorang yang amat meminati bahasa, saya amat menghargai semantik Bahasa Arab sungguhpun saya sendiri tidak belajar bahasa itu dengan mendalam (setakat di sekolah agama petang). Ini adalah disebabkan nuansa bahasa itu membuatkan saya mengubah persepsi saya dalam melihat beberapa perkara. Saya sangat tidak sangka yang buku tentang bersyukur akan mengajar saya juga tentang Bahasa Arab di dalam al-Quran. Buku ini juga memberi nasihat untuk kita bersyukur dengan apa yang ada tetapi masih juga berusaha untuk menjadi lebih baik.
Bahagian yang saya kurang minati hanyalah yang inti buku ini terlalu sedikit. Mungkin kerana saya lebih biasa membaca bukan fiksyen dalam Bahasa Inggeris di mana isi buku biasanya agak tepu. Juga ada ayat-ayat bukan dari al-Quran tetapi dalam Bahasa Arab yang saya tidak reti baca, jadi terasa lagi sedikit inti buku ini bagi saya. Tapi jika anda sedang belajar Bahasa Arab, mungkin bahagian ini lebih bermakna. Saya sudah pun mengesyorkan buku ini kepada ibu saya yang memang mempelajari Bahasa Arab.
Penggunaan bahasa yang simple dan senang difahami. Buku ni mengajar kita untuk bersyukur dgn apa yg kita memiliki dan mengajar kita untuk mempraktikkan qanaah dalam kehidupan. Suka bila penulis juga menekankan walaupun kita berasa cukup dgn apa yg ada tp dalam masa yg sama islam juga sgt menuntut utk kita sentiasa memperbaiki diri. Pada saya buku ini memberi perspektif baru kepada saya utk memahami al-Quran dan reflek pada diri sendiri bukan sekadar membaca dan memahami isi cerita dlm Al-Quran.
Alhamdulillah sekali lagi pembaca berjaya menghabiskan buku tentang kehidupan , tentang qanaah-ertinya cukup.
Cukup bukan bermaksud tidak menghargai, tidak perlu baiki diri, hidup sekadar dengan apa yang ada. Rupanya lebih dari itu.
Susunan bahasa dan kosa kata penulis mengalunkan karya beliau menjadikan pembaca asyik untuk menghabiskan buku tersebut. Mudah difahami, dirungkai dan dihayati.
Tulisan penulis yang senang untuk sampai maksudnya kepada kita.. Buku "Sedikit Tapi Cukup" ini memberikan kesedaran buat saya bahawa hidup mengejar harta tidak akan ada akhirnya.. Sentiasa lahirkan rasa cukup, qanaah dalam hati kita dan kembalilah kepada Allah untuk membuatkan hidup kita sentiasa rasa "penuh".. InshaAllah...
Rasa cukup di dalam diri adalah antara salah satu elemen yang penting buat diri kita pada zaman kini. Penulis merungkaikan dengan baik dan juga disertakan dengan kisah-kisah yang terkandung di dalam Al-Quran.
Membaca buku ini ibaratnya menusuk anak panah ke dada sendiri. Hidup kita dikelilingi oleh kuasa konsumerisma yang tinggi dan tiada hujungnya. Dengan kemudahan teknologi yang mana semuanya berada di hujung jari, lebih memudahkan kita untuk mendapatkan apa yang kita kehendaki.
Apakah kita lupa pada perkataan qana'ah? Mungkin perkataan ini agak janggal kepada sebahagian daripada kita, tetapi kita faham akan maksud 'cukup'. Buku ini membawa kita menyelami dan mendalami apakah yang dimaksudkan dengan qana'ah, bagaimana agama mendefinisi qana'ah, apa yang kita perlukan untuk memiliki qana'ah dalam hidup.
"Perjalanan membina rasa qanaah adalah demi membina harapan dengan apa-apa sahaja yang saya miliki".
Apa yang kita ada sebenarnya sudah mencukupi. Tetapi kita dibaluti nafsu yang sentiasa inginkan lebih daripada apa yang kita ada. Lebih-lebih lagi apabila hidup kita yang realiti didedahkan dengan dunia maya di mana manusia lain berkongsikan apa yang mereka ada secara keterlaluan. Dan ianya dengan senang mempengaruhi manusia lain untuk turut sama memilikinya. Dari perspektif yang lain, qanaah ini bukan hanya merasa cukup dari segi harta dan kebendaan, namun dengan kebahagian dan aspek-aspek yang lain dalam kehidupan.
"Jika kita merasa cukup dengan apa yang ada pada diri kita, maka kita tidak melihat apa yang kurang dan tiada. Kita redha dengan apa-apa jua yang Allah SWT berikan - inilah qanaah".
Penulis menerangkan kepada kita bagaimana qanaah ini berkait rapat dengan syukur. Adakah qanaah ini akan membantu kita untuk bersyukur?
Renungan :
1. Sentiasa berazam untuk perbaiki diri. Kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Itu tidak bererti kita harus selamanya berada dalam tahap yang sama, baiki diri ke arah yang lebih baik dan melalui sifat qanaah kita, ianya dapat membantu kita menjadi hambaNya yang soleh/solehah.
2. Bersyukur dengan apa yang ada. Sentiasalah melihat kekurangan orang lain supaya kita sedar bahawa apa yang kita ada mencukupi untuk kehidupan kita.
3. Belajar untuk mengutamakan yang utama. Setiap dari kita akan ada perkara utama yang perlu kita dahulukan. Jadi, bertegaslah dengan diri untuk menyelesaikan komitmen penting sebelum mendahulukan perkara-perkara sampingan yang lain.
Akhir buku ini, penulis ada berkongsi beberapa doa yang boleh kita amalkan untuk membina rasa cukup!