Untuk budak-budak baru masuk universiti dan teruja dapat duit PTPTN. Untuk budak yang baru masuk kerja dan mengidamkan beli Lancer EVO walaupun gaji masih layak terima BR1M. Untuk yang tengah garu kepala nak cari duit buat kahwin. Untuk yang merungut rumah harga mahal nokhorom dan marah kerajaan tak buat apa-apa. Dan untuk pada (bakal) ibu bapa yang tak puas hati kenapa ibu bapanya dahulu tidak buat simpanan juta-juta masa dia kecil dahulu.
Kau nak terus merungut? Atau kau nak mula ambil tindakan dan ubah masa depan? Your future, starts with you today. “What you eat today, decides your weight tomorrow.”
Ya, ini buku yang paling membosankan kau akan beli.
Pertamanya, buku ini boleh dikatakan sebagai buku panduan kewangan. Betul. Tetapi singkirkan dari minda stereotype buku kewangan yang ada di pasaran, kerana penyampaian penulis lebih santai, lebih mesra dengan mereka yang masih muda belia.
Saya pun masih belia juga, baru tiga puluh lapan!
:p
Banyak isi penting dan tips yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mahu mencapai kecermelangan kewangan ketika usia masih muda. Ya, bukan 100% datangnya dari usaha beliau sendiri. Penulis ini mengakui ibubapa yang celik dan sedar peri penting perancangan kewangan juga turut memainkan peranan.
Saya mungkin agak terlambat untuk memulakan apa yang disarankan oleh penulis, tetapi Alhamdulillah ada antara tips yang saya dan isteri sudah aplikasikan untuk anak-anak.
Tidak semua tips saya setuju, walaupun praktikal. Seperti kata penulis, buku ini hanya untuk mencetuskan idea, atau mungkin juga desakan kesedaran untuk lebih bersedia dengan kewangan peribadi. Mana yang sesuai, ikut. Banyak sebenarnya alternatif lain, jadi pandai-pandailah memilih.
2 minggu lebih untuk aku habiskan baca buku ni. Lama! Aku lebih banyak memberontak dan melawan dengan cara penulis. Dia suruh buat ini tapi aku buat macam ni. Dia begitu, aku begini. Kontrasnya aku dgn penulis sebab penulis mula menyimpan dgn ASB dari tabungan mak ayah sedangkan aku? Zero! Aku mulakan semulanya selepas aku kerja.
Tajuk buku ini memang boom tapi terlalu banyak cara dalam buku ni yang memang aku tak boleh contoh. Penulis mampu guna duit mak ayah beliau utk bebaskan penulis dari beban hutang PTPTN (walau penulis kata dia bayar pada mak ayah) sedangkan aku?
Aku kira, lebih hebat kalau buku ini ditulis oleh manusia berjaya yang tiada apa apa tetapi telah ada semuanya ketika usia ini. Cuma bezanya, yang berjaya itu tak mahu atau tak ada kesempatan berkongsi cara sedangkan penulis sedia dan ada.
Aku ada ASB, aku ada simpanan Tabung Haji, ada simpanan Bank Islam, ada insurans, ada emas sejemput dan ada hartanah sikit. Masih bayar PTPTN, masih bayar hutang kereta tapi kekal memberi mak ayah dan adik tanpa gagal (penulis bertuah mak ayah beliau kata tak perlu beri duit bulanan. Bertuah? Aku rasa penulis gagal dalam menyelam jiwa hati ibu bapa).
Cuma aku suka dgn komitmen penulis. Ya, sebab penulis komited dan konsisten menyimpan, macam aku. Aih!
Sekejap aku kira duit aku. Tapi umur aku dah lebih 25 tahun. Okay, tak jadi kira.
I wish I read this book earlier. I learned a lot of things about saving and investment. And I am truly inspired by the author.
Some may questioned his writing and said that his financial tips is impractical. But one thing you have to bear in mind, people got different style of life, different obstacles, different background etc. And of course we are financially different, 1k may be enough for you but not others and vice versa.
If the tips given in the book doesnt suit you, it may suit others. So, my advice is, take whatever you can from the book and leave whatever you want.
I would highly recommend this book to all youngsters out there. Its not too late to start planning on your financial. Happy reading!
p/s : Oh and I do hope they can translate the book , so we also have English version of it. Also, we could reach international readers. Aint that cool?
Honestly, not worth the money. More like a diary of a hardcore and conservative money-saver boy. The author himself doesn't have a broad perspective about wealth. Savings, ASB, PTPTN, gold investment and his complaints + 'hahaha'. Just that. I have high expectations for this book, unfortunately too much negativity and childish writing. Quite disappointing. Only 1/5 beneficial thing that I can get from this book - mostly from his citations. Recommended? Sorry, nope. Too much marketing hype for this book.
•Buku ini merupakan perkongsian santai pengalaman penulis dalam usahanya mengumpul RM 100, 000 pertamanya pada usia 25 tahun.
Apa yang disukai:
•Buku ini membuka minda saya mengenai peri pentingnya menyimpan wang dan mengumpul aset demi masa depan, terutamanya ketika usia masih muda.
•Perkongsian yang sangat sesuai dan lebih dekat dengan golongan muda belia kerana ianya dari sudut pandang seorang yang masih muda.
•Penulis sertakan bab bonus yang menerangkan tentang insurans dan takaful.
•Saya sangat kagum dengan semangat dan keperibadian penulis yang suka menyimpan wang dan sangat cermat dalam berbelanja. Sesuatu yang sangat jarang dilakukan oleh golongan muda termasuk diri saya sendiri. Pantang ada duit sikit, sudah dihabiskan pada kehendak yang tidak perlu🥲
•Penulis juga memberikan tips kewangan dan mengajarkan pembaca sedikit sebanyak mengenai skim pelaburan yang ada di Malaysia.
Apa yang tidak disukai:
•Gaya penulisan yang terlalu santai. Saya sangkakan buku ini berbentuk penulisan formal namun sangkaan saya meleset sama sekali.
•Banyak frasa dan ayat yang terlalu menyimpang dan merepek bagi saya walaupun saya tahu itu satu bentuk gurauan. Bahasa pasar juga banyak digunakan.
———
Walaupun begitu, saya yakin buku ini akan mendapat lebih banyak tempat di hati pembaca yang belum membacanya kerana buku ini antara bestseller di kedai @thepatriotsasia
Untuk orang yang susah nak digest financial thingy ni, buku ni berjaya buat aku faham!
Buku ni terangkan roughly cara nak menyimpan, melabur & allocate duit even as a student & bergaji kecil. Ada juga cara nak menyimpan duit untuk pendidikan anak in the future. Jadi jangan mengeluh kalau your parents tak menyimpan untuk awak dulu. Dorang mungkin tak tahu, so awak perlu belajar ilmu menyimpan ni dan start dengan diri awak sendiri.
Seperti apa yang penulis ni cakap, tak semua dalam buku ni boleh diapply. Kita kena sesuaikan dengan situasi kita sendiri. Dan, banyak lagi kita kena study (baca banyak buku, google, tanya orang) sebab buku ni tak ajar secara detail. Kalau dia ajar detail jadi buku teks la. Tapi buku ni sesuai as a first step nak pupuk minat menyimpan & melabur as well as minat nak tahu banyak lagi pasal financial management.
Satu benda yang aku nak try tips penulis ni "cuba biasakan hidup dengan separuh daripada gaji yang kita dapat".
Buku yang amat relevan menerangkan tentang kaedah mengurus dan menyimpan wang dengan bijak dan praktikal. Saya sering membaca artikel dan tip kewangan daripada pakar kewangan, justeru saya kagum kerana anak muda ini tahu apa yang diperkatakannya dalam buku ini. Jelas sekali anak muda ini membaca. Tip dan perkongsian yang sememangnya boleh dipraktikkan. Hendak seribu daya, kalau tak nak banyak ajer dalihnya. Saya mohon agar semua anak muda baca. Saya yang berumur 33 tahun pun rasa semangat selepas membaca, apatah lagi pelajar universiti dan yang baru bergraduasi. Semoga generasi muda kita akan lebih celik dalam pengurusan kewangan peribadi.
Pros: Nice tips on how to save money Cons: The writing style is not my cup of tea. First chapter baca I though the author is a blogger. The writing is very blogger like and too much filler in my opinion.
Recommended to those who just finished SPM. A 17 years old me would probably find this useful. A 26 years old me? Nah.
A good introductory book for personal finance for young people, especially Malays. Although a bit laid back, he introduces financial instruments and good financial habits.
Some personal anecdotes I find a bit odd & out of place, but for most parts, they are relevant & noteworthy narratives.
This book is very laymen & laid back sort of language.
Pertama sekali, buku ni tak pernah masuk dalam list untuk dibeli apatah lagi untuk dibaca. Haha. Sebab 3 buku RM50, dan kebetulan pula aku nak habiskan Baucar Buku pemberian Najib, maka buku ini pon masuklah ke dalam bakul belian.
Aku ingat nak jual balik tapi rasa macam tak syok pulak tak baca langsung. Selak satu dua muka surat... eh, habis pulak aku baca! Haha.
Punca utamanya aku malas nak baca buku ni sebab buku ni pada pandangan pertama aku, buku kewangan. Dan aku bukanlah seorang yang bijak menguruskan kewangan dan tak berminat langsung dengan dunia kewangan.
Tapi buku ni boleh dikatakan ringan dan mudah terhibur ketika membacanya. Sekadar perkongsian pengalaman penulis tentang perjalanannya mencapai 6 angka menjelang 25. Boleh pulak aku gelak sambil membaca buku ni. Haha. Mende weh buku kewangan boleh buat hang gelak... dan untuk ini, aku salute penulis sebab ada good sense of humor. Gitu.
Walaupun aku sentap jugak la part penulis tibai gaya hidup student zaman sekarang. Aku tak beli starbuck apa jadah semua tu tapi aku suka spend duit kat wayang & buku. Tu kelemahan aku. So lepas ni maybe aku patut mula menyimpan duit dengan cut perbelanjaan kot situ.
Sebelum baca buku ni aku dah tau yang buku ni bukannya panduan komprehensif "how-to" pasal pengurusan kewangan. Dia lebih kepada perkongsian perjalanan penulis untuk capai sasaran dia + diselitkan sedikit petua antara bab. Tapi aku masih menjangkakan petua-petua kewangan yang lebih banyak lagi dari buku ni.
Dari satu sudut aku suka dan faham pendekatan penulis yang berkongsi perjalanan dia dengan gaya yang santai dan chill di mana dia ada banyak selitkan gurauan-gurauan ringan. (sebab pernah bpengalaman tulis blog). Cuma ada hari kadang-kadang aku macam malas nak baca gurauan-gurauan tu dan "just get to the point already" haha. Kadang-kadang nampak try hard sikit dia jadi cringe (pendapat peribadi). Aku rasa ia paling banyak berlaku dari awal hingga ke separuh buku sampai aku jadi tercalar jangkaan aku dengan buku ni.
Tapi lepas separuh ke akhir buku aku baca, lagi banyak input dari buku ni yang ada yang selamatkan penilaian aku terhadap buku ni. Kesimpulannya, aku hargai kewujudan buku ni dan penulis kerana menulisnya sebab memberi pengenalan kepada pengurusan kewangan dengan gaya yang tak bosan sangat la. Boleh la.
Nota tepi: Mungkin benda ni mengganggu aku saja, tapi penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sekaligus dalam satu bentuk penulisan agak memeningkan kepala otak aku. Kalau sikit-sikit tu boleh tahan juga, tapi ia agak menonjol juga.
Bukanlah nak jadi polis bahasa sangat pun sebab aku pun kadang-kadang terrojak juga, tapi untuk baca dalam jangka masa yang panjang sebuah penulisan yang bercampur bahasa, alangkah baiknya (bagi aku) untuk seragamkan bahasa tu. Sedap mata memandang sikit. Aku faham, ini adalah salah satu cara untuk nampak "santai" tapi aku percaya boleh saja tulis bahasa melayu penuh tapi masih lagi santai.
Tak spt buku2 pelaburan yg lain, Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima memberi ilmu pelaburan dgn cara yg santai. Aku ada byk buku2 pelaburan tapi kebanyakan tak hbs baca. Aku suka susunan bab2 dlm buku ni. Kira dia ajar step by step dari awal. Tapi, yg bestnya, kalau kita selak mana2 bab randomly kita tetap tak tersesat. Mcm tiba2 kita perlukan nasihat kewangan, hang pi selaklah page mana hang mau. Oh well, yg lebih menarik, ayat yg digunakan bkn mcm nak mengajar tapi lebih kpd dgr kwn ang membebel bila ang habaq duit ang abih. Paling aku suka bab biasiswa. Part ni kira aku panas punggung juga sbb dulu aku study dpt biasiswa sbb family aku miskin. *nangis*
Jgn ingat buku pelaburan ni serius namatey. Aku gelak kaw kaw bila Gory cerita psl Hang Tuah & Hang Jebat dlm bab Main Kutu...
1 yg aku respek, penulis sgt berhati2 bila sentuh hal agama. Ttg halal haram, pahala doa nak buat puasa sunat apa semua tu. *tabik* Dia beri cth apa yg dia buat utk berjimat, tp dia terang elok2 supaya pembaca xada ruang utk salah faham which is sangat bagus. Ada 1 bab tu, Makanan Rohani Menggemukkan Poket, please, jgn skip bab tu. Aku rasa kalau dlm novel, itulah klimaks nya. Aku suka cara dia hurai kepentingan kita 'keluarkan' balik duit kita even dlm masa kita sgt kedekut & sdg berjimat. Bab kahwin pun best. Tak lupa juga, dia share cara nak kira perbelanjaan seharian dgn excel. Aku pernah buat food log masa nak diet. Lbh kurang gitulah.
Senang nak review buku ni sbb takde spoiler bagai. Kalau dh habis baca, bukalah bab mana pun sbg refreshment. Manusia kan mudah lupa. Tapi yg tak bestnya, tiba2 aku rasa tak nak kahwin. Aku nak kumpul duit je sekarang. Hahaha...
Okey, buku ini kira aku rekomen betul2 ni. Lebih2 lagi zaman skrg, semua tgh ikat perut. Bkn mahasiswa saja. Byk ilmu yg kita dpt. Buku ini tak menjanjikan korg kaya, tapi dia lead korang how to save money & spend wisely. Belilah, murah je..aku dulu beli 3 buku RM50. Sekian ulasan tulus dari hati...
Buku ini adalah diari penulis. Too much hype but it's ordinary. Saya harap Gory boleh hasilkan buku yg lebih baik dan lebih tersusun.
Bagaimana beliau mencapai enam angka menjelang 25 (duh.. apa lagi .. **penulis suka buat bracket cenggini dan buat monolog lari topik cenggini, ok kembali kepada review saya**)
Lebih padu jika penulis kurangkan monolog lari topik dan lebih baik jika kurangkan repetition ayat. Agak pening disebabkan struktur ayat yg asyik lari dari tajuk dan kembali dan lari dan kembali (tulisannya ulang2 cenggini *ha buat bracket monolog lagi**)
Buku yg bagus utk mencetuskan inspirasi buat anak muda yg masih belajar di universiti. Menunjukkan bahawa tiada yg mustahil.
Tak benci buku ini tapi nampak potential bagi penulis buku utk menulis pengalamannya dengan lebih baik dengan penulisan yg lebih matang.
awesome gilaaaaaa wehhhhh lepak kedai mamak sembang pasai nak jadi kaya. cara nak jadi kaya yang dia mentioned doable. kita boleh buat. makan gaji boleh buat. tak macam sesetengah buku kewangan lain yang nak kita own a company, start a business, pemikiran yang kritis, kena creative, kritik sampai bila nak makan gaji macam la orang makan gaji takleh jadi kaya. mau dengan takmau ja. maybe apa yang dia buat agak ekstrem bagi yang beginner nk berjimat, but it's okay. follow yang boleh, kalau takleh 6 angka, 5 angka pun not bad what menjelang 25. still, it's not a crime to dream big. as long as we have the will, He will show us the way.
semua orang patut beli dan baca! buku ni aku promote habis dekat housemates and member lain. kah!
Amaran: Buku ini bukanlah tutorial menjadi kaya. Dah khatam 7 kali pun tidak akan jadi kaya. Buku ini hanyalah satu pedoman hidup.
Sesuai dibaca untuk budak2 yg teruja dapat PTPTN. Budak yg baru masuk kerja dan nak beli kereta Evo. Sesuai untuk kita2 yang hanyalah spesis picisan di dunia.
Tak payah baca buku ni kalau kita macam Donald Trump, anak menantu menteri atau sewaktu dengannya.
Ilmu-ilmu kewangan sepatutnya diterapkan dari awal dalam sistem pendidikan di negara Malaysia dan seluruh dunia. Walaubagaimanapun, pengalaman-pengalaman yang dilalui dan diceritakan penulis dalam buku ini sedikit sebanyak mengajar kita apa itu pengurusan kewangan dalam kehidupan.
Bab akhir (bonus) yang berbincang mengenai insurans dan takaful sangat membuka mata pembaca tentang apa itu insurans, beza insurans dan takaful, dan sebagainya.
Walaupun dah terlajak, tapi tak apa, kita baca sahaja. Hahaha! Bila baca buku ni kita kena bersikap terbuka. Setiap orang tu kehidupan dia tak sama. Anggaplah buku ni macam novel atau perkongsian pengalaman dan bukan guide. Petua yang berguna tu kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan. Tak apa, biar lambat. Jangan tak mula langsung. It's a good reads, cuma bahagian insurans tu agak draggy. Yang lain semua okey. Kudos to author!
Buku ni, bagus kalau nak bina mindset kewangan. Kalau nak betul betul tahu pasal pengurusan kewangan tu, buku ni tak sesuai sangat kot. Sebab buku ni cerita pasal pengalaman penulis dapat kumpul 100k masa umur 25 tapi on surface je, penerangan yang dia bagi tak detail sangat (except the insurance part). Personally, idea dia agak bersepah, tak disusun dengan berapa baik. Tapi apa pun, buku ni buat kita semangat dan sedar pentingnya untuk menguruskan kewangan kita betul betul. Good job Gory!
p/s : Oleh kerana buku ini menggunakan bahasa yang santai, saya juga akan mereviu buku ini dengan bahasa yang sama.
“Literasi Kewangan.”
Ya, terma baru yang aku peroleh dari buku ini. Anda tidak perlu tunggu ada ijazah jurusan kewangan untuk ambil tahu dan ambil berat tentang pengurusan kewangan. Jikalau dulu di bangku sekolah rendah dan menengah rendah kita menghadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), begitulah sepatutnya ia kekal hingga ke peringkat universiti. Aku rasa tak terlalu radikal untuk aku sarankan bahawa subjek Kemahiran Hidup ini perlu diwajibkan bagi setiap pelajar, dari peringkat tadika hingga ke universiti. Dan soal pengurusan kewangan ini, ia tertakluk di bawah subjek ‘Kemahiran Hidup’, tak kisahlah nak letak nama subjek apa, yang penting subjek tuu ajar dan mendidik pelajar untuk ada basic kemahiran-kemahiran tertentu. Untuk aku cadangkan perlunya ada subjek khusus untuk pengurusan kewangan di peringkat sekolah, bagi aku ia tidak realisitik. Maka, cukuplah ia jadi sebahagian dari ilmu-ilmu kemahiran hidup.
Dengan tajuk “Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima”, aku tertarik. Kerana umur aku belum dua puluh lima. Dan aku tidak mahu tunggu umur 25 baru nak beli. Dengan keadaan diri aku sekarang yang tak berapa terurus dek kena berkurung dalam rumah sekian lama sebab pandemik ni, khususnya soal kewangan, maka eloklah aku beli. Dengan alasan, “buku kewangan ni kan pelaburan”. Lalu setelah membaca buku ni, aku rasa aku dah on-track. On-track bukanlah bermakna aku dah confirm akan kaya dan akan capai duit berangka-angka macam bro Azraei ini, on-track yang aku maksudkan, bahawa orang macam aku ni pun ada harapan untuk ada financial goal tersendiri.
Aku salute penulis sebab berjaya kongsi pengalaman peribadinya dalam mencapai sasaran kewangannya, walaupun angka itu bagi sesetengah manusia, mereka rasakan itu nilai yang sedikit. Bak kata penulis, kaya itu subjektif, mungkin ada orang lain yang rasa punya RM1,000, RM10,000 pun sudah cukup kaya bagi dia. Untuk kandungan buku ni, jangan risau, ini bukan buku teks ataupun buku akademik yang menghimpunkan fakta-fakta kewangan, baik cari google. Dan ia tidaklah juga cerita-cerita pengalaman penulis saja. Aku umpamakan buku ini macam kau tengok vlog ilmiah kat Youtube, cerita ada, fakta ada, serious ada, lawak ada, maki pun ada. Kadang-kala maki tu perlu jugak untuk orang-orang macam aku yang tak sedar diri. Dari makian nilah, terbuka mata kepala ni sikit.
Secara perbadi, aku yang newbie dalam dunia kewangan ni, dari buku inil ah baru aku tahu tentang Amanah Saham Bumiputera (ASB), peranan Tabung Haji, bagaimana nak utilize biasiswa pendidikan, risiko PTPTN, konsep emas. bahaya MLM, kepentingan insurans dan takaful dan banyak lagi. Nak tahu, kena la beli, dan BACA. Beli saja pun tak guna jugak. Overall, bahagian paling penting yang aku rasa dalam buku ni adalah bahagian pembahagiaan perbelanjaan. Sebab dari situlah titik mulanya untuk kita praktik pengurusan kewangan ni. Kalau dikatakan menyimpan ni adalah step pertama dalam pengurusan kewangan, maka “perbelanjaan ni sebenarnya pembuka pintu kepada menyimpan”, kata penulis. “One cent saved is one cent earned”.
Overall, aku tak menyesal dan berasa sangat bersyukur setelah dapat membaca buku ini sehingga selesai. Untuk brader Azraie, terima kasih kerana berkongsi. Kepada yang membaca resensi aku ni, aku galakkan hampa beli, khususnya bagi yang baru nak bertatih dalam dunia kewangan ni. Buku dia santai, orang Penang kata, “Sempoi!”, aku jamin buku ni tak berat, walaupun bagi orang yang pemalas baca buku. Dan aku rasa, buku-buku macam ni perlu bercambah lagi dalam industri buku. Sebab ia praktikal. Dan kandungannya sangat universal dan harus diteliti oleh semua lapisan masyarakat.
Buku ni banyak cerita pasal pengalaman dan strategi penulis dalam menyimpan duit sampai boleh cecah 6 angka sebelum capai umur 25 tahun. Bila baca buku ni, rasa macam banyak benda lagi yang aku perlu tahu pasal kewangan. Walaupun lagi setahun untuk aku masuk 25 tahun, tapi rasanya tidak terlambat lagi kalau nak cuba strategi penyimpanan duit yang penulis cadangkan dalam buku ni.
Dari segi gaya bahasa, aku tak berapa berkenan sangat sebab banyak monolog, bahasa 'blog' dan beberapa lawak yang tak berapa difahami. Ada juga beberapa opinion beliau yang aku tak berapa setuju tapi penulis ada menekankan yang tidak semua benda yang disebut dalam buku boleh di apply oleh semua orang. Cara penyampaian beliau yang santai dan lebih kepada bercerita boleh buat aku faham tentang beberapa istilah yang sebelum ni selalu aku dengar tapi tak difahami contohnya 'intangible' dan 'tangible' asset. Buku ni juga banyak menjelaskan tentang kepentingan insurans dan ianya sedikit sebanyak membuka mata aku untuk tidak perlu rasa 'takut' bila orang insurans datang approach nanti.
Overall, buku ni bukan saja sesuai untuk student yang baru nak masuk universiti, tapi juga untuk semua peringkat umur lagi lagi yang jenis suka berjimat macam aku. Banyak tips berjimat yang penulis mention dalam buku ni. Ayat yang paling aku suka, "Jangan tengok, baru teringin. Biar teringin, baru tengok". Terus rasa macam insaf nak scroll shopee lepasni. Mungkin lepasni boleh beli buku yang kedua pula. Apa-apa pun, syabas buat penulis!
“The best idea is the worst idea if it is not being implemented“
ASB. - Penyumbang terbesar target 100k
Tips dapatkan idea. - Sentiasa bawa buku nota kecil (DALAM TANDAS, BARING HAMPIR TIDUR, BERTAFAKUR)
Penulis masih pelajar masa ni , BIASISWA also menbantu✊🏻
“Honesty is the best policy”
PTPTN. - Bayar dahulu sebelum pinjam. (Tugas Ibu Bapa bagi anak pinjam duit)
EMAS. - Emas harga teguh against inflasi.
GAJI. - Asingkan some amount (ASB,EMAS)
LI KA-SHING. - Asingkan pendapatan kepada 5 bahagian, 1. 30% untuk sara hidup 2. Networking 3. Ilmu (beli buku kegemaran, kelas/ kursus) “Because you don’t have a lot of money to spend to, get a lot of knowledge” 4. Melancong 5. Simpan dan labur! 25% dari pendapatan.
MAIN UNDI (KUTU) - Loan tanpa faedah.
PELABURAN TERPENTING. - Insurance. 10-20% dari pendapatan. - Melancong. - Insurans Pendidikan. (Untuk anak-anak bermula seawal usia 3tahun)
BAJET. - Sewa. Makan.
BERSARA PADA USIA 20TAHUN. (KWSP) - RM100 sebulan X 20 tahun = 48k
Formula beli kereta, Gaji X 1tahun = Jumlah kereta yang patut dibeli. Contoh 2kX12=24k. Jadi beli kereta 24k
Banyakkan membaca, cari ilmu pasal duit. Duit boleh buat orang kaya, duit juga boleh buat orang miskin.
“If you want it, you have to earn it”
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ni tentang pengurusan kewangan. Aku beli sebab waktu selak-selak buku ni, ada bab tentang simpanan emas. Haha. . Overall buku ni ditulis dalam bahasa yang mudah dan bukan macam buku teks Accounting budak degree. So, korang tak perlu risau tentang term-term yang penulis gunakan. Buku ni bukan lah buku 'idealistik' tetapi lebih kepada 'realistik'. . Tapi bila aku tonton penulis ni punya talk dekat Cakna Kewangan Summit (CK Summit) baru-baru ni, cara cakap lebih baik dan sopan. Hahaha. Mungkin sebab majlis formal. Takdelah aku cakap buku ni penuh dengan kata-kata kesat, melainkan carutan khas untuk anak muda yang pandai pinjam PTPTN tapi tak sedar diri. Haha. . Basic dalam buku ni, penulis share pengalaman capai simpanan peribadi 6 angka menjelang umur 25. . Asasnya adalah - Budgeting - Saving - Invest . Penulis ada carut pasal kaki Starbucks, patutlah aku baca buku ni kat Starbucks, tersedak aku dibuatnya. Taubat nak minum Starbucks lagi. Haha.🤣 . #Letsاقرأ #syawalbookreview
How to say eh? Salah satu, or maybe satu-satunya buku yg bercerita tentang financial management yg aku suka cara penyampaiannya, setakat ni.
Cuma maybe banyak cara yg aku tak boleh nak praktikkan sepenuhnya sbb aku baru berjinak-jinak dgn menyimpan duit recently, kumpul emas pun last year baru mula. And semuanya selepas umur 25tahun. Haha.
Tp utk org yg sedikit tua dari target dalam buku ni, aku rasa banyak je tips yg boleh digunapakai dr buku ni. Contoh termudah yg aku mula praktik lepas habis baca is, catat semua details perbelanjaan. And memang berkesan macam yg diceritakan.
For youngsters, aku memang highly recommend this book sebab buku ni memotivasikan utk kita menyimpan. Aku memang nak bagi adik-adik aku baca nt. Hope we could apply at least some of the tips.
Finished in 2 weeks due to studying. So i have to read it all over again. I think that this book majorly talks about how the writer manages his money, meanwhile maintaining it. Also, with the help of the parents.
I was actually expecting a help on how to be able to achieve that (as written by the title) .. in fact, writer explains and talks about how he achieve it.
The best part of the book is how writer writes it. I believe he is aiming to speak to us in a manner where we could easily understand. (Bahasa kedai kopi) 👍🏼
Im 24 now, and I believe that even it does not help me, but I will definitely make use of it in the future. Such as to my child. It is very useful book. Recommended to those who loves self-development kind of reads 🤗
Buku yang menggunakan bahasa yang agak sempoi (keluaran Terfaktab Media) dan mudah untuk difahami. Gaya penggunaan bicara penulis dengan pembaca begitu santai sekali dan mudah untuk dihadam serta difahami. Cuma beberapa tips yang dikongsi tidak terlalu mendalam dan pencerahan mengenai beberapa topik agak kurang difahami bagi orang yang baru ingin memulakan langkah untuk menyimpan duit.
Akhir sekali, bagi saya, bab 16 dalam buku ini yang boleh dijadikan panduan bagi permulaan untuk menyimpan.
All I can say is I wish I read this book back when I was still 19 so that by my current age now I could have at least half of 100k 😂😂 but I am glad to have picked this book now nevertheless.
Will apply the knowledge and wisdom learned from this into my life and be more financially literate from now on 😂
Buku ini menyampaikan secara santai bagaimana cara untuk kita menyimpan wang,mengembangkan ia dengan membuat pelaburan serta pengurusan kehidupan terutamanya diera inflasi ini.