Mereka kata, orang introvert selalunya perahsia dan suka memendam perasaan. Farady mengaku dia memang sukar untuk meluahkan apa yang dia rasa. Sejak kecil dia selalu merasa kesunyian dan sukar untuk mencari rakan yang boleh dia percayai. Selepas ditimpa satu tragedi, Farady naik ke puncak Bangunan Alam dengan satu niat: dia ingin mengakhiri segala-galanya. Tapi hasratnya dipatahkan oleh seorang gadis misteri bernama Haura.
“Percayalah cakap aku. Kau nak hidup, kau tak nak mati. Sebenarnya, kau cuma tak nak rasa sakit lagi. Tapi kau kena percayakan aku. Rasa sakit ini semuanya akan hilang. Semuanya akan berakhir seiring dengan masa berjalan. Semuanya akan jadi lebih baik.” – Haura.
Untuk pertama kali, Farady rasa ada orang yang mendengar suara hatinya yang selama ini tidak didengari sesiapa. Tapi siapakah gerangan gadis misteri yang tiba-tiba muncul di atas bumbung bangunan tinggal itu?
Mula-mula aku ada baca review kata buku ni macam drama pukul 7. Lepas baca rupanya ini drama pukul 7 yang luar biasa. Aku rasa sebabtu karya ini dipilih oleh Fixi. Tiada penulis yang akan tiada yang tak suka karyanya. Semua ini subjektif. Btw this is the best book in 2022. I love it. Ignore haters tu. Go all the way. You are the best.
Ini buku cinta dari Fixi. Tapi endingnya ada triple double plot twist yang korang memang tak akan sangka. Terbaik penulis ni melenakan kita dalam cerita cinta yang tidak disangka-sangka pengakhirannya.
Introvert mengisahkan seorang lelaki bernama Farady yang hampir menamatkan riwayatnya di atas bumbung Bangunan Alam selepas ditimpa satu tragedi. Tetapi hasratnya dipatahkan oleh seorang gadis cantik & misteri yang bernama Haura.
"Aku nak mati." - Farady
"Percayalah cakap aku. Kau nak hidup, kau tak nak mati. Sebenarnya, kau cuma tak nak rasa sakit lagi." - Haura
Untuk pertama kalinya, Farady merasakan ada yang sudi mendengar suara hatinya yang selama ini tidak didengari sesiapa. Munculnya Haura, sedikit sebanyak sudah mewarnai kehidupan Farady.
𝐔𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐛𝐚𝐝𝐢:
Baik, kali ni nak review sempoi-yang-tak-berapa-nak-sempoi je sebab... Introvert sangat "dekat" dengan aku. Aku sebagai manusia introvert memang boleh relate banyak benda dengan apa yang Farady rasa atau hadap.
Introvert ni bukan sekadar cerita pasal seseorang yang ada personaliti Introvert dan depression malah introvert ni juga mengisahkan cinta "mereka".
Pada aku, novel ni tersangatlah sedih. Aku sendiri tak tahu dah berapa kali menangis sepanjang baca— menangis sebab faham apa Farady dan Haura rasa— menangis sebab cinta tak semestinya memiliki.
Ah, segalanya menyedihkanlah senang cerita.
Buat yang nak mendalami apa yang orang depresi rasa mahupun buat yang nak baca kisah cerita cinta sedih, inilah novelnya!
Cerita ini memberi makna besar keatas saya yang hakikat sebuah cinta itu kadangkala tidak harus memiliki. Akan tetapi jangan mudah untuk lepaskan peluang yg ada depan mata serta ukhwah persahabatan itu betul2 lumayan jika kita pandai dalam memilih kawan. Tuan, saya harap tuan dpt hasilkan lagi karya2 sebegini dan teruslah menyebar kebenaran walau adakalanya kebenaran itu pahit. Pedulikan segala kutukan caci maki dan menjatuhkan Tuan untuk terus berkarya. Tuan mmg hebat dn terkenal dalam bermain plot twist. Beberapa sel otak dn pemikiran saya ‘cedera’ kerana begitu teruja untuk tahu apa yg berlaku pada setiap babak dn watak yg dihasilkan.
kebanyakan cerita Abstrakim yg saya baca di platform Twitter dan Instagram. 3 buku pertama, saya lihat di Ig story, mendapat sambutan, lagi-lagi Dunia Plot Twist dan satu hari beliau mempromosikan buku Introvert di Instagram nya. Apa yg menarik mata saya ialah penerbitnya ialah Fixi, kebanyakan buku Fixi tk pernah menghampakan dan penulisnya ialah Abstrakim. tanpa membuang masa terus beli kat Shopee.
bahagian awal buku, membuat jiwa remaja saya meronta-ronta, berbunga-bunga (mungkin sbb single lama sangat). bahagian pertengahan buku, konflik mula timbul seperti biasa, dan 2 kali rasa goosebump kerana konflik terjadi. bahagian akhir, saya nk ucap tahniah pada penulis kerana buat saya geram dan 7 kali goosebump dgn plot twist dia, lepas satu, satu dan satu plot twist yg diberikan
overall, buku yg saya beli dgn duit gaji pada hujung bulan ni, berbaloi, utk penggemar buku Fixi, buku ini high rated, dari segi permulaan, pertengahan, konflik, klimaks, segala benda yg ada dalam buku ni, best plus ada pengajaran tentang fitnah dan kehidupan yg mungkin berlaku di realiti, tentang remaja.
Dia punya twists bila nak sampai penghujung cerita dah macam plot makjang kdrama. Dia macam EHH??? NANI??? Tapi in a way, aku macam tak berkenan sangat dengan twist2 dalam ni. Tak tahu kenapa rasa twist dia macam dipaksa sangat.
Dan ada beberapa scene yang buatkan aku tertanya apakah kerelevanan scene tu?? Macam kau tengah makan nasi lauk kenduri pastu tiba2 ada orang bagi makan spaghetti, pastu kau sambung makan lauk kenduri tu. Dia macan tiberrrr sangat. Hahhh camtu la.
Aku cuma nak Komen pasal plot je la sebab writing bagi aku okay.
introvert ni my very first story from fixi and i didn't expect plot twist dia sumpah mind-blowing gila.
at first, i think this story was boring la jugak. once masuk part yang membuka segala plot twist dia terus i terduduk dan speechless.
and what can i say bila i baca this book this is literally me Farady is an introvert guy so dia tak banyak cakap dan love to spend time with himself.
dia give up dengan hidup dia sampailah dia fikir nak suicide di bangunan alam dan takdir tuhan dia bertemu dengan Haura pelengkap hidup Farady.
friendship diorang makin erat and everything went well until Haura kena culik and boom plot twist dia dah tak boleh bawa bincang. terduduk mat.
kesimpulan, buku ni pasal how introvert falling in love tapi they keep it to their self tapi sadly sebab sifat introvert Farady ni buatkan mereka tak dapat bersama. i happy sebab Farady ada future yang baik buatkan i rasa yang warga warga introvert juga boleh berjaya one fine day.
if readers want to know how introvert life is, sila baca buku ni. i enjoy this book a lot.
Aku tertarik dengan novel ni bila ramai yang bagi ulasan bagus dekat Twitter tapi sepanjang tempoh pembacaan aku, rasa macam tersiksa dan cringe. Maaf cakap tapi aku tak rasa macam baca novel pulp-fiction. Gaya bahasa yang skema, terlalu banyak intipati yang tak penting penulis selitkan sampai rasa meleret-leret. Aku faham kalau ni novel terbitan Dewan Sastera, Sasbadi, Kaki Novel dan sebagainya tapi ni novel terbitan Buku FIXI dan sebenarnya bukan semua buku yang diterbitkan oleh FIXI tu bagus cumanya aku rasa macam baca buku untuk para remaja dan bukan novel untuk orang dewasa.
DAN SPOILER: Ramai yang mati dalam novel ni.
Aku tak pernah baca novel yang terlalu banyak konflik dan twist. Mungkin penulis jadikan ceritanya agak meleret-leret untuk cukupkan patah perkataan? Atau ideanya kejap-kejap berubah? Entahlah.
Bagi aku, watak utama ni bukan bersifat introvert tapi loser serta malang yang bertimpa-timpa. Ianya cuma sebuah karangan tulisan, ok i get it. Mungkin sebab jalan cerita yang tak-cliche-tapi-cliche ni dipilih FIXI untuk diterbitkan, mungkin? Hmm dan kadang aku rasa watak Haura lebih menyerlah dari Farady tapi novel ni bukan pasal Haura hahah!
Okay so kalau ada any of you ada tengok my story time I baca this book, probably you guys dah tahu my opinion about it. (and yes i guna my kucing as my backdrop sebab dia taknak turun dari meja)
Personal rating: 2.5/5⭐️
My main problem dengan buku ni is the plot. Writing style dia okay (wattpady sikit) tapi the plot allahu. The first half memang penuh dengan cliche. Aku mampu gelak je sebab cliche sangat. I usually tak kesah jalan cerita yang cliche, tapi yang ni memang susah betul nak tolerate.
Okay dah habis part cliche, datang pula plot twist. Plot twist dia macam kdrama Penthouse. Terpusing sana sini, and too merepek. Memula tu I macam okay tapi lama-lama boleh hilang otak. Memang inspired from Penthouse aku rasa.
And tak lupa pulak the scene jumps??? Tiap kali nak tukar scene je kan dia macam skip je, tak ada like transition between those scenes ke apa. *a bit of spoiler* contoh, scene vacation pergi Cameron Highlands. Memula nak pergi dia sarapan dulu, cari hotel, tahu-tahu dah keesokan harinya. then something happened, and scene vacation habis macam tu je. Rasa macam tengok movie skip skip tau.
In my opinion, the only part yang selamatkan buku ni is just the ending. Finally, ada jugak la part realistic lepas plot twist gila tu. I suka gila the ending even sedih. Like I rasa ending dia 1000% better than the whole plot. Dia macam the only good thing yang I boleh point out tu just the ending.
So sebab buku ni agak hyped, I tak ada la rasa it worth the hype sangat, maybe to me je kot. I impressed jugak sebenarnya because I dapat habiskan tak sampai sehari even tengah reading slump.
Secara jujurnya aku tersangat cuba untuk memahami buku ini, jalan cerita dan konfliknya namun yang aku rasa hanyalah keserabutan yang menggunung. Aku seriously rasa kecewa dengan buku ini.
Cerita dimulakan dengan Farady yang membuat cubaan untuk membunuh diri tetapi malam itu dia diselamatkan oleh Haura. Kemudian mereka berkawan baik. Haura menyimpan perasaan pada Farady namun Farady hanya menganggap Haura sebagai kawan baik sahaja. Kemudian, Farady dan Haura menyelamatkan Adli dari cubaan bunuh diri. Sejak dari itu mereka bertiga menjadi kawan baik.
-----------
Plot dalam cerita ini aku rasa bersepah, hanya cerita secara permukaan sahaja, banyak gila konflik tapi serabut, plot ada yang sia-sia dan tidak diperlukan pun, nak buat plot twist tapi tak jadi dan akhirnya aku rasa buku ini seperti tidak matang.
Aku rasa watak-watak dalam ni tiada character development langsung. Aku tak paham apa yang penulis cuba sampaikan. Berpusing-pusing macam tiada arah tujuan.
Hidup Farady ni macam semuanya tiba-tiba. Macam malang sangat pun ya juga.Tiba-tiba abang dia kena halau, tiba-tiba walid mati, tiba-tiba Farady dan Natasha kena culik, tiba-tiba Haura kena culik, tiba-tiba penculik jadi baik, tiba-tiba Farady adalah anak angkat, tiba-tiba dan terus menerus tiba-tiba... Aku penattttt 🥹
Buku ni tak panjang pun, tapi aku rasa macam sesat. Membuatkan aku penat. Aku ingin pulanggggg 🥲
Maka dengan ini, aku bagi 1⭐ jela sebab tahniah kepada diriku kerana mampu menghabiskan buku ini 😭
Aku suka cerita ni disebabkan plot cerita, klimaks dan plot twist dia. Memang gempak.
Mula-mula tu aku ingatkan ni cerita seram sebab tempat lepak Farady dan Haura ni lain macam sangat. Aku pulak jenis tak baca review sebab takut spoiler kalau nak beli buku baru.
Suprisingly, cerita ni mengenai romance, family dan friendship gitu.
Lepas tu dah start masuk watak lain. Barulah aku tahu ni cerita ni dunia realiti . Tapi bila masuk watak Adli tu aku rasa macam boring sikit. Tapi watak ni sangat membantu untuk ending cerita ni.
Feel sedih cerita ni menusuk ke dalam hati aku. Bila sampai part hujung-hujung cerita ni. Bermula daripada hubungan persahabatan Farady dan Haura yang mula goyah sampai ke story Haura yang sebenarnya lagilah pain.
Plot twist ni memang padu. Lagi pening dan berselirat plot twist ni lagi aku suka. 😀 Disebabkan plot twist dan ending yang make sense dan buatkan aku termenung tengok siling, aku bagi 5 bintang.
Akhir sekali, cerita ni kalau buat movie atau drama mesti best.
Farady tidak minta dilahirkan menjadi seorang yang introvert. Namun kehidupan yang serba kekurangan dari segi perhatian dan kasih sayang menjadikan dia lebih suka berdiam diri dari berkongsi kisah.
Takdir menemukan dia dengan Haura yang sudi menjadi pendengar setianya hingga hubungan mereka terjalin akrab sebagai sahabat. Banyak masa dihabiskan bersama apabila Farady semakin selesa bersahabat dengan Haura tanpa rasa malu dan segan sebagai seorang yang introvert.
Namun jangan sangka tiada hujan di tengah hari. Hubungan mereka diuji. Takdir yang perit tetap memerlukan mereka kekal maju ke hadapan. Satu persatu kebenaran dipertontonkan hingga kita sendiri sesak dada menerima kenyataan😭
Buku ni lebih pahit ditelan daripada sakit patah hati weyh💔 Rasa nak ulas part ending tapi tahu akan jadi spoiler jadi kita simpan sendiri je😢
“Kau nak hidup,kau tak nak mati. Sebenarnya,kau cuma tak nak rasa sakit lagi.”
my first read from abstrakim. The book is painfully sad 💔 Sangat suka macam mana penulis kaitkan semua watak :)
Menelusuri jalan cerita, bagi saya sangat indah. Penulis bagi semua watak ada closure masing-masing. Perkembangan dan cara penceritaan watak Faraday dan Haura pun sangat kemas . Penulis mengangkat tema persahabatan yang membuktikan, kalau ada yang mendengar;life would be more meaningful . Macam-macam isu juga diangkat penulis dalam novel ni macam isu buli, khianat dan dadah
Dari segi plot, mungkin ada yang tak berapa berkenan dengan plot twist, tapi saya rasa okay je untuk merobek jiwa dengan lebih dahsyat ✨
This entire review has been hidden because of spoilers.
omg sakit gile wehh!😭 for me THIS NOVEL REALLY GOT ME SHOCK FOR A WEEK! permulaan cerita ni just santai santai je mcm mana kehidupan hero dengan kekawan serius dia santai and lambat tau permulaan cita ni.
tpi dia lambat camne pun aku still baca gak maybe sbb jalan cerita dia santai santai tpi tiba and tuptup da sampai ke penghujung. makin kita dekat dengan pengunjung cerita makin kau tekejut beruk bila baca buku ni. benda yng kan tkkan penah tepikir langsung akan jadi. ending dia gila menangis teresak esak aku dibuatnya 🥲
anda mencari buku yang dapat membawa anda keluar daripada realiti untuk seketika ?? anda suka cerita yang santai tetapi banyak plot twist ?? anda peminat cerita cinta yang tidak boleh dibayangkan jalan cerita nya ?? anda peminat Abstrakim tetapi sangat ternanti akan cerita2 nya ?? YA, BUKU INILAH SOLUSINYA !!!
First of all, aku bukan penggemar buku. Start baca buku pon sebab TERbaca fixi kawan. Untuk aku yg tak banyak baca ni hahaha, cerita ni menarik even memeningkan sikit. Characters dia saling berkait. At first, jalan cerita dia cringe, buatkan aku blushing teruk🤣 tapi rupanya penulis bagi aku blushing kejap ja🥲
Plot twist cerita ni tak payah cakap lah, mood aku tak sempat adapt dengan plot pertama , dah tukar plot twist ke dua. Like tak bgi aku ambik nafas pon ! Ada plot twist yg tak relevant tapi takpa tak menjejaskan mood dan jalan cerita pon hehe.
Ending cerita ni pulak bagi aku ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ sebab ending yang tak cliche, bukan yang mengarut dan buatkan aku mcm “hidup” dalam cerita ni. Aku bersetuju dengan ending tu. Walaupun perit tpi tu reality.
Buku bahasa melayu favourite so far, memang best sesih and fast paced. Hooked dari mula sampai habis.Ni first book yang saya baca by this writer, and terus nak beli semua buku dia yang lain. Suku akhir buku nangis banjir, time tenfah tengah hati berkaca. Thank you sebab buat saya rasa macam ni 😀👍🏻
Bagi anda yang menggemari cerita yg plot dia twist kepada twist dan twist selagi boleh,novel ni untuk anda.Lepastu bagi saya cerita dia quite fast pace,tk semoat feel sgt dh ke situ haa fhm kan,tp apapun good story from the authorr
KDHSIWNAUQAHAHABA BABE SRSLY THIS IS MY FAV BOOK OF THE YEAR ! TAKE IT OR LEAVE IT ! EVERY- SINGLE- OF SADNESS- TEAR ME INTO PIECES ! man i just picked this book up because i thought haura a ghost ‽ but the plot twist ? Unbelievable! I can't handle that pain till I'm crying to my parents showing how this book made me shattered. Guys....read it to complete your life. #tersakiti. My life is empty now
I just finished this book within a day , pukul 2 pagi . Fikir nak buat review siang esok tapi rasa banyak sangat dalam kepala ni nak ditulis and also can’t sleep kalau tak review sekarang .
1. Storyline: Mantap dan tak cliche ! Pada mula start saya expect cerita ni psl seorang introvert yang nak bunuh diri pastu jumpa org asing , mesti org asing tu watak dlm minda dia . But , NO ! It’s real ! Cerita dia berjalan dengan bantuan beberapa watak yang lain dan berakhir dengan plot twist yang agak mind blown . Dia ibarat gelombang ada ups and downs . Ada 2x saya rasa gelombang tu .. baca kalau nak tau !
2. Character: Penulis naratifkan setiap watak tu cantik betul , dia relatekan dengan watak yang lain , mmg cun betul . Yang baca je paham . Saya suka penulis tak puji melangit ttg sesuatu watak , buat saya rasa Farady mmg seorg yang hebat tapi sederhana . Saya boleh empati dgn watak Farady yang introvert tu .
3. Writing: Dia mention untuk pembaca matang . Tapi no worries cerita ni clean ya .. takde pun kata2 kesat atau lucah dalam ni 👍🏽👍🏽. Penulis ada selitkan elemen friendship yg sangat strong , nilai motivasi yang boleh dibuat pengajaran dan nilai keagamaan wpun tak banyak tapi dia ada selitkan sikit .
4. Rating: Saya nak bagi 4.5 sebab setiap menda takde yang perfect ya .. tapi kat GR saya letak la 5⭐️. Ada some part sedih betul , bergenang jugak mata ni also i can imagine setiap inci cerita dalam kepala dan minda saya . Sambil baca saya mcm tengok movie .
Overall , saya sangat suka novel ni . Buku genre cinta & persahabatan yang terbaik pernah saya baca . Selepas novel ni , saya terus cari tahu pasal penulis dan nak baca naskah beliau yang lain . Keep it up !
Sekian my honest review . Highly recommended !
This entire review has been hidden because of spoilers.
I didn't know what to expect when I first opened this book. Please bear in mind, this was my first Fixi book. Maybe I wasn't really drawn to get any before due to the fact that they are a tad bit pricy, considering the thinness.
Okay let's talk about Introvert. This is the first work by Abstrakim that I read, and it took me only a few hours to finish. Again, as usual, no expectation as I'm not familiar with the writing style.
“Kau boleh nangis, tiada masalah untuk kau nangis. Kau boleh sedih sebanyak mana pun. Tapi... Kau jangan pernah putus asa.”
It started okay for me, but as the story progresses, I'm not sure, it felt flat to me. I can't really feel the chemistry between Haura and Farady throughout the story.
Surprisingly, this didn't make me cry. But let me tell you something. The ending sure felt like a massive jab in the gut. My chest felt heavy, my throat felt dry. Why did it have to become like that?!
I might need sit down for a coffee session with the author, there's a lot we need to talk about.
"Aku akan kehilangan kawan baik kalau kami jadi lebih dari seorang kawan." - INTROVERT, Abstrakim
Aku tak sangka yang buku ni berjaya buatkan air mata aku jatuh😭 Buku ni sangat deep bagi aku, bukan semata-mata pasal kisah cinta jaa.
1. Part Farady mau bunuh diri tu. Can you imagine macam mana kata-kata Haura boleh selamatkan Farady daripada terjun dari Bangunan Alam tu? Part ni buatkan aku sedar yang hanya dengan kata-kata ja, kita boleh berikan harapan dekat seseorang. Kata-kata juga dapat menghancurkan seseorang tu.
2. Part yang sedih bila mana Haura dengan Farady masing-masing sembunyikan perasaan cinta tu. Yes, memang sakit bila kita mencintai seseorang tapi kita tak mampu nak ungkapkan. Mungkin sebab kita takut kecewa kalau cinta kita tak dibalas. End up kita simpan rasa cinta tu. Rasa cinta yang sepatutnya bahagia tapi kita rasa sakit yang teramat sangat.
3. Part yang paling aku tak ready baca ialah part surat Haura untuk Farady. Sebab aku tahu, luahan Haura dalam surat tu betul-betul jujur dan hanya dengan menulis lah dia mampu untuk luahkan semuanya. Ada plot twist dalam surat ni yang buatkan aku sangat terkejut. Rasa macam, aduhhh. Tak sangka.
"Itu sebenarnya pengakhiran yang aku mahukan, tapi ianya bukan yang telah ditakdirkan." - Adli
Waktu dah habis baca, aku kelu.The plot and the twistsss- I LOVE THE TWISTS, I love how it made me laugh when the sadness rushes in bila masuk part yang macam emosi. Ada part yang macam a bit rush tapi it's ok I guess. Cerita ni dia buat aku rasa macam broken tapi heartwarming dalam masa yang sama. Aku menemui ketenangan dalam keserabutan. Cerita ni somehow bagi aku rasa perasaan yang macam ni : Pengorbanan. Terlalu banyak pengorbanan dalam cerita ni. Realiti itu sakit. Hidup ini memang dicipta untuk mencabar. Cinta itu tidak semestinya memiliki. Sayang yang tak berbelah bahagi itu lah cinta yang sejati. Perancangan Allah untuk kau sangatlah cantik and obviously kau takkan nampak waktu tu tapi in the better future, when you look back, kau akan tersenyum sendirian. The ending reminds me of Titanic tapi tak sangka ini semua tentang dia. Seorang dia yang paling terluka (bacalah kalau nak tahu😤)
Thanks for the masterpiece 😆😆❤️❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ni kali pertama aku baca karya Abstrakim. Tak sangka macam ni..
Aku nangis tak henti bila teringat dari awal cerita sampai tamat 😭 Memang sedih betul cerita ni😭😭
Tak boleh bayang kalau aku di tempat Ara tau huwaaa! Edy lambat sedar dengan perasaan Ara, geram aku. Aku ingatkan happy ending bila bab brp tah tu.. rupanya hanya ...... aku nangiss..
Plot twist memang pening, tapi faham je. Adli mengubah jalan cerita sebab dia mengharapkan pengakhiran Edy dan Ara bahagia.. Aduu nak nangis lagii 😞
Edy dan Ara, Mereka tak berpeluang bersama di dunia, Mereka tak berpeluang berjumpa buat kali terakhir, Mereka tak berpeluang meluahkan perasaan yang terkurung di dalam dada, Semoga, mereka berjumpa di syurga.