Goodreads Malaysia discussion

171 views
Arkib (Maraton Membaca 2017) > Berguru dengan Buku 2017

Comments Showing 1-50 of 66 (66 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (last edited Dec 13, 2017 08:50PM) (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Sasaran 2017: 175 judul. Harap dapat capai meskipun sasaran kali ini 25 judul melebihi tahun depan.

1. Qasidah Burdah by Al-Busiri Qasidah Burdah karangan Al-Busiri terjemahan Ahmad Fahmi Zamzam

2. Gitanjali by Rabindranath Tagore Gitanjali karya Rabindranath Tagore

3. Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas Ulama Terengganu Abad Ke-19 by Hasanulddin Mohd Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas: Ulama Terengganu Abad Ke-19 karya Hasanulddin Mohd

4. Pentas Rodat by Omar Mamat Pentas Rodat karya Omar Mamat

5. Kelantan 1977 Politik dan Pergolakan by Rozimi Nasir Kelantan 1977: Politik dan Pergolakan karya Rozimi Nasir

6. Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya by Mohammad Abdullah Enan Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya karya Mohammad Abdullah Enan

7. Islamic Mystical Poetry Sufi Verse from the early Mystics to Rumi by Mahmood Jamal Islamic Mystical Poetry: Sufi Verse from the early Mystics to Rumi susunan Mahmood Jamal

8. Kumpulan Cerpen Uluru by Laurent Metzger Kumpulan Cerpen: Uluru karya Laurent Metzger

9. Kumpulan Cerpen Malam Sara by Mohammad Zakri Zakaria Kumpulan Cerpen: Malam Sara karya Mohammad Zakri Zakaria

10. Yang Terbunuh Islam by Daeng Ramliakil Yang Terbunuh: Islam karya Daeng Ramliakil

11. Bermalam di Rumah Tuhan by Jaafar Hasny Bermalam di Rumah Tuhan karya Jaafar Hasny

12. Studies in Hadith Methodology and Literature by Muhammad Mustafa al-ʿAzami Studies in Hadith Methodology and Literature karya Muhammad Mustafa Al-Azami

13. Rashomon (Kumpulan Cerita) by Ryūnosuke Akutagawa Rashomon karya Akutagawa Ryūnosuke

14. Aesop's Fables by Aesop Aesop's Fables karya Aesop

15. The Shia Revival (Updates) by Vali Nasr The Shia Revival karya Vali Nasr

16. Kumpulan Cerpen Kereta Api Dan Identiti Bangsaku by Maarof Salleh Kumpulan Cerpen: Kereta Api Dan Identiti Bangsaku karya Maarof Salleh

17. Cahaya Yang Menerangi by Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Cahaya Yang Menerangi karya Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

18. SOLAT JEMAAH Panduan Imam & Makmum by Mohd Hazri Hashim al-Bindany SOLAT JEMAAH: Panduan Imam & Makmum karya Mohd Hazri Hashim al-Bindany

19. Telaga Orang Sufi by Syeikh Daud Al-Fathani Telaga Orang Sufi karya Syeikh Daud Al-Fathani

20. Kitab Bayan Aliff by Hamzah Fansuri Kitab Bayan Aliff karya Hamzah Fansuri

21. Intisari Futuhatil-Makkiyah by Ibn Arabi Intisari Futuhatil-Makkiyah karya Ibn Arabi

22. Maulud Jawi Sebagai Tradisi Kesenian Melayu by Sakinah Abu Bakar Maulud Jawi Sebagai Tradisi Kesenian Melayu karya Sakinah Abu Bakar

23. Perbezaan Pendapat Para Imam Fiqh / The Differences of the Imams by Muhammad Zakariya Kandhlawi Perbezaan Pendapat Para Imam Fiqh / The Differences of the Imams karya Muhammad Zakariya Kandhlawi

24. Sajak kepada Tuhan by Faisal Mat Zawi Sajak kepada Tuhan karya Faisal Mat Zawi

25. Fatwa Isu-Isu Munakahat Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia by Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Fatwa Isu-Isu Munakahat: Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia susunan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

26. Belasungkawa Salmie Said Graduan Alam by Salmie Said Belasungkawa Salmie Said: Graduan Alam karya Salmie Said

27. Ma-aarif-e-Mathnavi A Commentary of the Mathnavi of Maulana Jalaluddin Rumi (Ra) by Maulana Hakim Muhammad Akhtar Ma-aarif-e-Mathnavi: A Commentary of the Mathnavi of Maulana Jalaluddin Rumi karya Maulana Hakim Muhammad Akhtar

28. النقد الأدبي الإسلامي الواقع والمأمول by علي محمد الحمود النقد الأدبي الإسلامي الواقع والمأمول karya علي محمد الحمود

29. The Dolphins, the Whales and the Gudgeon by Aesop The Dolphins, the Whales and the Gudgeon karya Aesop

30. Dari Pandangan Sisi by Abdulhadi Muhamad Dari Pandangan Sisi karya Abdulhadi Muhamad

31. Kuliah Terakhir (The Last Lecture) by Randy Pausch Kuliah Terakhir karya Randy Pausch

32. Introduction to Sufism The Inner Path of Islam by Eric Geoffroy Introduction to Sufism: The Inner Path of Islam karya Eric Geoffroy

33. Wirid Selepas Solat by Sulaiman Ibrahim al-Baruhi Wirid Selepas Solat susunan Sulaiman Ibrahim al-Baruhi

34. Ahl al-Sunna - The Ashʿaris The Testimony & Proofs of the Scholars by حمد السنان Ahl al-Sunna - The Ashʿaris: The Testimony & Proofs of the Scholars karya حمد السنان

35. Yang Sukar Dijawab Adalah Rindu by A. Rahim Abdullah Yang Sukar Dijawab Adalah Rindu karya A. Rahim Abdullah

36. Rumi Swallowing the Sun Poems Translated from Persian by Jalaluddin Mevlana Rumi Rumi: Swallowing the Sun: Poems Translated from Persian karya Jalaluddin Rumi terjemahan Franklin D. Lewis

37. Kumpulan Puisi Rintik-Rintik Huruf by Darma Mohammad Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf karya Darma Mohammad

38. Rumi A New Translation of Selected Poems by Jalaluddin Mevlana Rumi Rumi: A New Translation of Selected Poems terjemahan Farrukh Dhondy

39. Kumpulan Sajak Remaja Potret Kemesraan by Hilmi Rindu Kumpulan Sajak Remaja: Potret Kemesraan karya Hilmi Rindu

40. Ilmu Sifat 20 & Perbahasan Rukun Iman by Muhammad Ramzi Omar Ilmu Sifat 20 & Perbahasan Rukun Iman susunan Muhammad Ramzi Omar

41. Teknologi Kesultanan Melaka by Hasanuddin Yusof Teknologi Kesultanan Melaka karya Hasanuddin Yusof

42. Setaman Pantun Bertatah Peribahasa by Hilmi Rindu Setaman Pantun Bertatah Peribahasa karya Hilmi Rindu

43. The Essence of Rumi by John Baldock The Essence of Rumi karya John Baldock

44. Sihir Hujan by Sapardi Djoko Damono Sihir Hujan karya Sapardi Djoko Damono

45. Malam Persembunyian by Faisal Mat Zawi Malam Persembunyian karya Faisal Mat Zawi

46. Taman Mawar by Saadi Taman Mawar karya Saadi

47. Modernization in the Islamic Forms of Devotion? (Classic Reprint) by Al-Hajj Khwaja Kamal-Ud-Din Modernization in the Islamic Forms of Devotion? tulisan Al-Hajj Khwaja Kamal-Ud-Din

48. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak E-mel Untuk Merdeka by Salina Ibrahim Kumpulan Cerpen Kanak-kanak: E-mel Untuk Merdeka karya Salina Ibrahim

49. Kumpulan Puisi Kanak-Kanak Anak Itik Tuk Wi by Azmi Yusoff Kumpulan Puisi Kanak-Kanak: Anak Itik Tuk Wi karya Azmi Yusoff

50. The Sufi Orders in Islam by J. Spencer Trimingham The Sufi Orders in Islam karya J. Spencer Trimingham

51. Kumpulan Puisi Dalam Rimba Teka-Teki by Zaidin Abadi Kumpulan Puisi: Dalam Rimba Teka-Teki karya Zaidin Abadi

52. Kumpulan Puisi Pemburu Kata Merdu by Abizai Kumpulan Puisi: Pemburu Kata Merdu karya Abizai

53. Kumpulan Puisi Khabar Dari Mimbar by Mohd Rosli Bakir Kumpulan Puisi: Khabar Dari Mimbar karya Mohd Rosli Bakir

54. A General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago by Syed Muhammad Naquib al-Attas A General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago karya Syed Muhammad Naquib al-Attas

55. The Mohammedans of China (Classic Reprint) by Isaac Mason The Mohammedans of China karya Isaac Mason

56. The Conference of the Birds by Farid ud-Din Attar The Conference of the Birds karya Farid ud-Din Attar

57. Jalaluddin Rumi Sufi Penyair Terbesar by أبو الحسن علي الندوي Jalaluddin Rumi Sufi Penyair Terbesar karya أبو الحسن علي الحسني الندوي

58. Menyanggah Hujah Bidaah Dr Mohd Asri by Zamihan Mat Zin Al-Ghari Menyanggah Hujah Bidaah Dr Mohd Asri karya Zamihan Mat Zin Al-Ghari

59. Omar Khayyam by Henry Beveridge Omar Khayyam karya Henry Beveridge

60. The Essence of Sufism by John Baldock The Essence of Sufism karya John Baldock

61. The Secret Rose Garden of Sa'd Ud Din Mahmud Shabistari by Mahmud Shabistari The Secret Rose Garden of Sa'd Ud Din Mahmud Shabistari karya Mahmud Shabistari

62. Islam And Ahmadism by Muhammad Iqbal Islam And Ahmadism karya Muhammad Iqbal

63. Hadith Muhammad's Legacy in the Medieval and Modern World by Jonathan A.C. Brown Hadith: Muhammad's Legacy in the Medieval and Modern World karya Jonathan A.C. Brown

64. Biografi Agung Fathi Yakan by Mohd Rumaizuddin Ghazali Biografi Agung Fathi Yakan karya Mohd Rumaizuddin Ghazali

65. Life of Omar Al-Khayyami (Classic Reprint) by J. K. M. Shirazi Life of Omar Al-Khayyami karya J K M Shirazi

66. An Artist of the Floating World by Kazuo Ishiguro An Artist of the Floating World karya Kazuo Ishiguro

67. Misquoting Muhammad The Challenge and Choices of Interpreting the Prophet's Legacy by Jonathan A.C. Brown Misquoting Muhammad: The Challenge and Choices of Interpreting the Prophet's Legacy karya Jonathan A.C. Brown

68. Kisah Teladan Wali Sembilan Pejuang Islam untuk Kanak-Kanak by Badiatul Roziqin Kisah Teladan Wali Sembilan Pejuang Islam untuk Kanak-Kanak karya Badiatul Roziqin

69. Aku Muslim Sunni by Mohammad Nidzam Abd Kadir Aku Muslim Sunni karya Mohammad Nidzam Abd Kadir

70. Salafi-Jihadism The History of an Idea by Shiraz Maher Salafi-Jihadism: The History of an Idea karya Shiraz Maher

71. Islam Faham Agama dan Asas Akhlak by Syed Muhammad Naquib al-Attas Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak karya Syed Muhammad Naquib al-Attas

72. Islamic Reform and Conservatism Al-Azhar and the Evolution of Modern Sunni Islam by Indira Falk Gesink Islamic Reform and Conservatism: Al-Azhar and the Evolution of Modern Sunni Islam karya Indira Falk Gesink


message 3: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Ruang kosong 2


message 4: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Ruang kosong 3


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Hahaha, siap ruang lagi tu


message 6: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "Hahaha, siap ruang lagi tu"

ada 'penyakit' sikit. mesti nak kena ada susunan nanti tanpa putus oleh mesej lain :)


message 7: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (last edited Jan 03, 2017 02:46AM) (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Dengan menggunakan format Najibah, berikut buku pertama yang membuka 2017:-

1. Qasidah Burdah by Al-Busiri Qasidah Burdah karangan al-Imam Al-Busiri terjemahan Sheik Ahmad Fahmi Zamzam
Tamat baca: 2 Januari
Rating: 5 bintang
Genre: Puisi, qasidah
Ulasan: Burdah wajib dibaca bagi yang mengikuti tradisi qasidah dalam Islam kerana pengarangnya diangkat sebagai Penghulu Pencinta Nabi. Dengan bahasa yang indah dan perlambangan yang kuat, Burdah mengungkapkan perasaan cinta dan rindu yang melepasi batas akal rasional dalam pandangan alam Barat. Masakan kita dapat memberikan cinta kepada Nabi Muhammad SAW suatu bentuk ilmiah yang boleh difahami akal yang singkat sedangkan dalam hadis yang sahih, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mencintai Baginda lebih daripada cinta kepada diri sendiri.


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jan 02, 2017 03:52AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Oh, bila baca mengenai kisah Al-Busiri dan 'The Poem of the Cloak', teringat bukankah ada seorang lagi penyair yang pernah mencipta syair yang diberi gelaran yang sama. Tapi bagi kes penyair itu, pada zaman Rasulullah SAW dan beliau sempat bertemu Rasulullah 'in person'? Penyair yang sebelum Al-Busiri tu, juga terkenal pada zaman Jahiliyah. Saya lupa baca dalam buku apa. Susahlah nak rujuk semula, sudah tak kerja di Perpustakaan ISTAC T_T


message 9: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Ka'ab bin Zuhair RA. Imam Al-Busiri mmg menggunakan cara pembukaan syair yg sama seperti Ka'ab.


message 10: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Ya, betul Kaab bin Zuhair. Kisah istimewa Rasulullah dengan para penyair.

Betulkah jubah yang Rasulullah SAW sibaikan atas bahu Kaab tu masih ada di Turki?


message 11: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
2. Gitanjali by Rabindranath Tagore Gitanjali karya Rabindranath Tagore
Tamat baca: 3 Januari
Rating: 5 bintang
Genre: Puisi mistik
Ulasan: Makna cinta dan rindu hakiki pada Zat yang abadi adalah pencarian dan perjalanan kerohanian yang dimiliki oleh setiap insan tetapi tercabut dan tercantas akibat tarikan elemen yang rendah pada dirinya. Inilah yang diungkapkan oleh Tagore dalam Gitanjali yang masyhur ini. Membaca karya Tagore dengan pandangan alam Islam yang benar akan menjadikan kita lebih menikmati dan menghargai sesuatu karya mistik walaupun ia 'dimiliki' oleh peradaban lain.


message 12: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
3. Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas Ulama Terengganu Abad Ke-19 by Hasanulddin Mohd Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas: Ulama Terengganu Abad Ke-19 karya Hasanulddin Mohd
Tamat baca: 4 Januari
Rating: 4 bintang
Genre: Biografi
Ulasan: Sorotan ketokohan dan kehidupan serta pendidikan dan sumbangan keilmuan tok guru kepada ulama Terengganu termasuk Tok Ku Paloh. Sebagai perintis kepada institusi pondok dan hubungan erat dengan istana seperti yang berlaku pada ulama silam yang tidak menggadaikan prinsip keilmuan, pengenalan tokoh ini sangat penting untuk melihat bagaimana Islamisasi di alam Melayu termasuk Terengganu berlaku di tangan, terzahir di lisan dan tercetus dari kalbu alim ulama yang tidak memisahkan antara tradisi kalam, fiqh, hadis dan tasawuf serta tariqat.


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Tok Guru ni keturunan Arab ke?


message 14: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "Tok Guru ni keturunan Arab ke?"

masih jadi perselisihan. ada yg mencatatkan keturunan Rasulullah SAW dan ada yg mengatakan keturunan nakhoda Champa.


message 15: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Selesai buku keempat. Kira sehari sebuah buku.

4. Pentas Rodat by Omar Mamat Pentas Rodat karya Omar Mamat
Tamat baca: 4 Januari
Rating: 3 bintang
Genre: Novel
Ulasan: Gabungan watak dari generasi baharu seperti Hadri sebagai pegawai kebudayaan (tiba-tiba saya teringatkan Rahimidin Zahari) dan penggiat seni dari generasi lalu, Pak Hitam/Pak Usu bersama penggadi, pelenggok dan inang kumpulannya, Loket Mas, novel ini membawa usaha untuk menghidupkan seni rodat yang semakin hilang dalam ingatan kolektif masyarakat termasuk di negeri itu sendiri. Bahkan saya sendiri baru menyedari rodat seperti sebahagian seni Melayu adalah asimilasi daripada kebudayaan Arab dan Timur Tengah yang menerima suntikan Islam tetapi dibentuk oleh budaya masyarakat setempat.


message 16: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Lajunya! :O


message 17: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Novel yg sederhana boleh laju. Isu menarik, watak ekonomik, plot simple


message 18: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Baca selepas Subuh, sambung dalam perjalanan komuter. Dengan pembacaan sebelum ini, banyak membantu kepantasan pembacaan.

5. Kelantan 1977 Politik dan Pergolakan by Rozimi Nasir Kelantan 1977: Politik dan Pergolakan karya Rozimi Nasir
Tamat baca: 5 Januari
Rating: 3 bintang
Genre: Politik, sejarah
Ulasan: Buku ini cuba memecah naratif politik yang dikemukakan oleh PAS tentang krisis Kelantan 1977 adalah drama 'pengkhianatan dan penyingkiran' parti itu daripada BN, manakala tindakan kerajaan persekutuan adalah untuk memperbaiki kerosakan yang sudah tidak boleh ditampung kecuali melalui pengisytiharan darurat selepas jalan penyelesaian ditolak.

Buku ini saya kira berjaya mendedahkan kelompongan pada naratif PAS kerana krisis berlaku disebabkan pertembungan politik dalaman dan kewujudan Kem 16/20 di bawah Yang Dipertuanya sendiri serta isu seperti tanah/balak yang tidak diselesaikan atau menimbulkan syak-wasangka tetapi tidaklah sangat mendedahkan sisi politik dari belah UMNO itu sendiri kerana sebagai parti politik, sedikit sebanyak tentu ada tindakan politik untuk menangani atau bertindak dalam kesempatan berkenaan.

Secara keseluruhan, sebagai pembaca yang tidak lagi terbeban dengan beban sejarah, boleh menjadikannya sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk membina naratif yang lebih tepat secara sejarawinya tanpa menafikan keperluan untuk bahan dan dokumentasi lain lagi.


message 19: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Di rumah Kelantan ada banyak gambar krisis politik 1977 ni. Tunjuk perasaan di Kota Bharu dengan kain rentang dan orang penuh di kawasan stesen teksi KB sekarang (kalau tak salah). Berharap satu hari nanti, saya dapat digitasi gambar2 tu untuk memelihara nilai sejarahnya.


message 20: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah, menarik tu. Mmg anak orang politik ke?


message 21: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Bukanlah, anak cikgu yang gila fotografi saja :D


message 22: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Sambungan dengan buku sejarah lagi.

6. Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya by Mohammad Abdullah Enan Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya karya Mohammad Abdullah Enan
Tamat baca: 9 Januari
Rating: 4 bintang
Genre: Biografi, sejarah
Ulasan: Kita dibawa untuk menyusuri kembara hidup Ibnu Khaldun yang penuh dengan komplot dan intrik politik yang mencorakkan kerajaan kecil dengan peralihan, perebutan, pengkhianatan dan peperangan di Afrika Utara, sebelum meninggalkan wilayah itu untuk menghabiskan bahagian terakhir hidupnya di Mesir tetapi dengan kisah yang tidak kalah serunya kerana melibatkan pertembungan dalam dunia kehakiman dan keilmuan. Selepas mengimbau sejarah yang mencemas dan mengujakan itu, kita dibawa pula menyelusuri warisan khazanah yang ditinggalkan oleh Ibnu Khaldun, Kitab al-Ibar dengan al-Muqaddimah menjadi prologomenanya dan at-Ta'rif menjadi autobiografinya serta sejauh mana ia mencorakkan dunia falsafah sejarah dan sosiologi khususnya Eropah dan Barat.


message 23: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
7. Islamic Mystical Poetry Sufi Verse from the early Mystics to Rumi by Mahmood Jamal Islamic Mystical Poetry: Sufi Verse from the early Mystics to Rumi susunan Mahmood Jamal
Tamat baca: 11 Januari
Rating: 5 bintang
Genre: Antologi puisi, mistik
Ulasan: Ini adalah lagu 'isyq (cinta) hakiki yang dilagukan lewat seruling diri tokoh sufi dan auliya' serta ahliLLah (the friends of Allah) serta tokoh mistik dari tradisi yang terbentang dari Arab, Parsi, Turki dan India. Setiap tokoh Rabiah al-Adawiah, Mansur Hallaj, Sana'i, Nizami, Attar, Ibn Arabi, Maulana Rumi, Iraqi, Sa'di, Shabistari, Yunus Emre, Amir Khusrow, Hafiz, Kabir, Abdul Rahman Jami, Sultan Bahu dan Baba Bulleh Shah mengalunkan lagu rindu yang terpisah daripada Kekasih dan cinta yang mengejar-cari Kekasih sehingga dunia tidak ada maknanya meski sebesar debu.


message 24: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Kumpulan cerpen pertama yang selesai dibaca pada tahun ini.

8. Kumpulan Cerpen Uluru by Laurent Metzger Kumpulan Cerpen: Uluru karya Laurent Metzger
Tamat baca: 11 Januari
Rating: 3 bintang
Genre: Kumpulan cerpen
Ulasan: 15 cerpen ditulis oleh ahli akademik Perancis dengan pengalaman 30 tahun mengajar bahasa dan budaya di Malaysia serta Singapura dan mengalami asimilasi budaya melalui perkahwinan dengan wanita Melayu - meskipun tidak boleh dibandingkan dengan pengarang dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, menawarkan satu pandangan lain terhadap pengungkapan pemikiran secara kreatif.

Membaca kumpulan ini memberikan cabaran tersendiri - perlu melepasi gaya dan langgam bahasa yang agak mendatar dengan dominasi dialog terlebih dulu sebelum dapat melihat wacana yang cuba dibina oleh pengarang.

Rujukan silang terhadap sastera dunia termasuk alam Melayu dan Nusantara serta pelbagai disiplin ilmu pengetahuan juga sangat ketara dalam kumpulan ini.

Bonus untuk pembaca buku tekal dan pustakawan, cerpen yang menggunakan gaya personifikasi dengan memberikan sudut pandangan manusiawi kepada dua buah buku yang berbual tentang bagaimana interaksi mereka dengan manusia atau lebih tepat bagaimanakah manusia memperlakukan mereka.


message 25: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments Nazmi wrote: "Baca selepas Subuh, sambung dalam perjalanan komuter. Dengan pembacaan sebelum ini, banyak membantu kepantasan pembacaan.

5. Kelantan 1977 Politik dan Pergolakan by Rozimi Nasir [book:Kelant..."


Menarik ni. Macam nak cari


message 26: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Norziati wrote: "Nazmi wrote: "Baca selepas Subuh, sambung dalam perjalanan komuter. Dengan pembacaan sebelum ini, banyak membantu kepantasan pembacaan.

5. [bookcover:Kelantan 1977: Politik dan Pergolakan|32739365..."


buku terbitan ITBM.


message 27: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
9. Kumpulan Cerpen Malam Sara by Mohammad Zakri Zakaria Kumpulan Cerpen: Malam Sara karya Mohammad Zakri Zakaria
Tamat baca: 12 Januari
Rating: 2 bintang
Genre: Kumpulan cerpen
Ulasan: 10 cerpen yang bersifat eksperimental dan melanggar konvensi sebagai kritikan terhadap sosio-politik dan pop culture. Dunia realisme dikacaukan dengan simbol-simbol yang diherot-berotkan realitinya tetapi terasa terlalu jauh dari akar budaya hingga terasa asing dan terawang-awang.


message 28: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
10. Yang Terbunuh Islam by Daeng Ramliakil Yang Terbunuh: Islam karya Daeng Ramliakil
Tamat baca: 12 Januari
Rating: 2 bintang
Genre: Kumpulan cerpen
Ulasan: Sampai kapan pun, cerpen Daeng Ramliakil akan sukar untuk disusuri secara rasional. Ini karya surealis-mistik yang adakalanya terasa bagai dunia halusinasi yang kacau-bilau.


message 29: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
11. Bermalam di Rumah Tuhan by Jaafar Hasny Bermalam di Rumah Tuhan karya Jaafar Hasny
Tamat baca: 13 Januari
Rating: 3 bintang
Genre: Novel
Ulasan: Plot sederhana tetapi kesan yang mengetuk hati - seorang tua tempang berkelana dari satu surau ke surau dalam perjalanan zahid dan abdi yang hanya mencari keredaan Allah. Setiap surau memiliki latar sosio-budaya dan sosio-politik, sekaligus membuka kepada sisi budaya masyarakat Melayu Terengganu yang berpusat di surau tetapi ada pelbagai permasalahan tersendiri daripada sosial hinggalah politik!


message 30: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Jaafar Hasny itu dah lama mula menulis ya?


message 31: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Tak pasti. Kalau tengok sekali lalu, banyak karya yg terbit mutakhir. Mungkin belum masuk data yg lama. Tapi orang veteran


message 32: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
12. Studies in Hadith Methodology and Literature by Muhammad Mustafa Al-Azami Studies in Hadith Methodology and Literature karya Muhammad Mustafa Al-Azami
Tamat baca: 17 Januari
Rating: 3 bintang
Genre: Hadith
Ulasan: Buku yang menjelaskan betapa luas dan dalamnya bidang hadith, sekali gus mendedahkan betapa delicate disiplin sehingga tidak hairanlah seorang tabi'in mengingatkan (maksudnya) mereka yang tidak ada bimbingan dan bekalan akan tersesat di dalamnya. Ia menceritakan proses periwayatan dan pemindahan hadith dalam tradisi yang sangat adab dan adil, kaedah perekodan dan sistem isnad serta pengkategorian hadith dan rawi sehinggalah persoalan pemalsuan hadith. Buku ini turut membuka sedikit pintu untuk kita melihat khazanah kepustakaan hadith yang pernah disifatkan oleh Sheikh Abdal Hakim Murad sebagai kepustakaan persuratan terbesar pre-modern melebihi daripada kepustakaan peradaban seperti China.


message 33: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
13. Rashomon (Kumpulan Cerita) by Akutagawa Ryūnosuke Rashomon karya Akutagawa Ryūnosuke
Tamat baca: 22 Januari
Rating: 4 bintang
Genre: Kumpulan cerpen, sastera
Ulasan: Enam cerpen dan sebuah novelet karya sasterawan penting Jepun yang berbeza dengan karya pengarang sezaman - dari cerpen satira yang sangat ironi dan mencabar stereotaip hinggalah novel pendek Kappa yang kita tidak dapat mengelakkan mencari persamaan universal pada watak-watak mitologi Jepun, kappa.


message 34: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments 13th. Buku ini ke mempopularkan Rashomon effect (pengkisahan dari pandangan dari pelbagai sisi) , Ustaz?


message 35: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
M. Azhaari Shah wrote: "13th. Buku ini ke mempopularkan Rashomon effect (pengkisahan dari pandangan dari pelbagai sisi) , Ustaz?"

ya. namanya sendiri sudah jelas :)


message 36: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
14. Aesop's Fables by Aesop Aesop's Fables karya Aesop
Tamat baca: 22 Januari
Rating: 4 bintang
Genre: Kumpulan anekdot
Ulasan: Kisah fable yang menawarkan kebijaksanaan melalui personafikasi haiwan - yang kita temui dalam tradisi lisan dan cerita binatang yang kita dengari sejak kecil. Dan kisah yang hampir sama juga akan kita temui dalam tradisi Parsi-Islam serta India. Namun, ia tetap meninggalkan kesan yang hebat ketika membacanya walaupun kita sedar sebahagiannya sudah kita ketahui.


message 37: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
15. The Shia Revival (Updates) by Vali Nasr The Shia Revival karya Vali Nasr
Tamat baca: 24 Januari
Rating: 3 bintang
Genre: Politik
Ulasan: Evolusi Syiah dalam konteks politik yang memberikan peringatan kepada kita betapa isu Syiah-Sunni dalam retorik yang sering berlegar dalam persekitaran kita hari ini tidak boleh ditanggap dgn kaca mata perbezaan aliran dalam ilmu kalam seperti yang berlaku dalam sejarah silam, sebaliknya perlu mengambil kira aspek politik dan geopolitik. Namun, beberapa hal perlu diberikan perhatian supaya kita tidak terlepas daripada perangkap 'wacana' Wahabi tetapi terjerut pula dalam perangkap 'wacana' Syiah.


message 38: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (last edited Jan 27, 2017 06:47AM) (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
16. Kumpulan Cerpen Kereta Api Dan Identiti Bangsaku by Maarof Salleh Kumpulan Cerpen: Kereta Api Dan Identiti Bangsaku karya Maarof Salleh
Tamat baca: 27 Januari
Rating: 2 bintang
Genre: Kumpulan cerpen
Ulasan: Cerpen penulis Singapura yang merakam kisah yang di bawah sedarnya menyimpan keresahan modenisasi dan kesan revivalis agama serta kompleksiti masyarakat kosmopolitan yang kacau. Juga cerpen cinta yang diungkapkan secara sederhana, selain karya berlatarkan Mesir yang boleh menarik imbauan ingatan bagi mereka yang pernah tersentuh dengan negara Perlembahan Nil itu.


message 39: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (last edited Feb 03, 2017 12:45AM) (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
17. Cahaya Yang Menerangi by Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Cahaya Yang Menerangi karya Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Rating: 4 bintang
Genre: Agama
Ulasan: Jawapan yang tuntas dan padat oleh ilmuwan mutakhir yang juga menjadi tok guru kepada pelajar Malaysia di Universiti al-Azhar serta masyarakat umum di negara ini.

18. SOLAT JEMAAH Panduan Imam & Makmum by Mohd Hazri Hashim al-Bindany SOLAT JEMAAH: Panduan Imam & Makmum karya Mohd Hazri Hashim al-Bindany
Rating: 3 bintang
Genre: Agama
Ulasan: Jawapan ringkas sebagai ulang kaji untuk memperbaiki tatacara solat berjemaah yang mungkin terlepas pandang atau terlupa.

19. Telaga Orang Sufi by Syeikh Daud Al-Fathani Telaga Orang Sufi karya Syeikh Daud Al-Fathani
Rating: 5 bintang
Genre: Agama
Ulasan: Dalam usaha menjelaskan konsep dan kefahaman orang sufi, ulama besar itu juga berusaha 'mengharmonikan' kefahaman umum terhadap isu yang mungkin menjadi kekeliruan kepada masyarakat sehingga ada yang merasakan tasawuf atau sufi asing atau pengaruh negatif dalam agama.


message 40: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Bagus buku solat jemaah. Sesuai dihadiahkan kepada para lelaki sebelum menjejak ke alam rumah tangga :D


message 41: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments kalau ustaz nak hadiahkan pada saya, saya terima dengan hati terbuka. :)


message 42: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Yg cakap tu bukan ustaz tapi ustazah :)


message 45: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
37. Kumpulan Puisi Rintik-Rintik Huruf by Darma Mohammad Kumpulan Puisi: Rintik-Rintik Huruf karya Darma Mohammad

Puisi yang bagus untuk dibaca bagi pesan dan nasihat kepada pembaca yang mahu mencuba-cuba khazanah tradisi sufi.


message 46: by Hafida (new)

Hafida | 20 comments Buku ke 13:Rashamon
Masa saya baca kisah Rashamon sungguh saya tak faham. Curi rambut? Tiba-tiba cerita tu dah habis. Apa yang nak diceritakan pun saya tak faham . Dalam banyak-banyak buku ilmiah kenapa buku ni boleh terselit?


message 47: by Hafida (new)

Hafida | 20 comments Buku yg ke 31. Kuliah Terakhir, tak sangka ada terjemahan. Buku ni Naib Canselor saya perkenalkan dalam satu program bedah buku di perpustakaan. Sangat dicadangkan kepada semua orang untuk baca!


message 48: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Hafida, boleh ke thread ini untuk tulis buku2 bacaan Hafida:

https://www.goodreads.com/topic/show/...


message 49: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Hafida wrote: "Buku ke 13:Rashamon
Masa saya baca kisah Rashamon sungguh saya tak faham. Curi rambut? Tiba-tiba cerita tu dah habis. Apa yang nak diceritakan pun saya tak faham . Dalam banyak-banyak buku ilmiah k..."


Hafida, selain buku ilmiah seperti dalam senarai bacaan saya itu, saya juga baca karya sastera dan kreatif. Itu Mmg minat dari kecil dan juga sebagai penulis, tidak dapat tidak akan baca juga karya sastera. Tambah pula tugas sbg editor.


message 50: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Hafida wrote: "Buku yg ke 31. Kuliah Terakhir, tak sangka ada terjemahan. Buku ni Naib Canselor saya perkenalkan dalam satu program bedah buku di perpustakaan. Sangat dicadangkan kepada semua orang untuk baca!"

Ya bagus dibaca oleh pelajar. Hafida pelajar UTM?


« previous 1
back to top