Goodreads Malaysia discussion
Arkib Maraton Membaca 2020
>
Challenge Membaca Hanom 2020
date
newest »



Genre : Sejarah
Star : ****
Muka surat: 266
Travelog sejarah Johor yang menambah kefahaman terhadap pembacaan kisah sejarah Johor sebelum ini.
Terasa ingin menjejaki makam-makam bersejarah di sekitar Kota Tinggi sekali lagi.
Jom baca!


Tamat pembacaan : 11/2/2020
Genre: Sejarah
Star : *****
Muka surat : 250
Alhamdulillah...selesai membaca Empayar IX ini pada 11 Februari 2020. Laksamana Tunku Abdul Jamil merupakan nama besar yang hamper dilupakan. Semangat, kesetiaan serta kesungguhan beliau bagi menebus maruah pemerintahan J0hor yang tumpas dengan serangan Jambi pada 1673 telah dapat ditebus kembali dengan kekalahan Jambi di bawah stategi dan jasa beliau. Kehebatan dan kebijaksanaan beliau harus dijadikan pedoman dalam mentadbir sesebuah kerajaan.
Terima kasih Paduka Raja Tunku Abdul Jamil, tanpa jasamu tidak mungkin Kerajaan Johor bertapak di peta dunia pada hari ini.
Jom baca! Fahami sejarah bangsa!


oleh

Tamat Pembacaan : 18/4/2020
Star : *****
Genre : Motivasi
Muka surat: 116
Membaca Nota Cinta Untuk Cikgu dalam tempoh PKP ini amat mengesankan. Benarlah, tanpa murid siapalah cikgu. Saat sekolah ditutup dan cikgu berjumpa dengan murid hanya di atas talian, tentulah tidak sama dengan berjumpa secara bertemu muka. Namun nota-nota cinta yang dicatatkan penulis sangat memberi insprasi dan sangat membantu untuk menjadi guru yang baik dan terbaik. Walaupun latar cerita berkisar anak-anak sekolah rendah, namun ia tetap juga boleh digunapakai untuk sekolah menengah. Ini kerana keperluan manusia terhadap perhatian dan kasih sayang adalah sama. Sesungguhnya pengalaman baik yang dikongsikan akan menjadi permata kepada mereka yang ingin memanfatkannya.
Buku yang patut dibaca oleh semua. Jom baca!


oleh

Tamat pembacaan : 27/4/2020
Star :*****
Genre: Novel grafik
Muka surat: 150
Novel grafik yang sangat baik dengan 33 hadis nabi yang boleh difahami dengan zahir ayat. Mengenengahkan isu biasa di kalangan masyarakat sekaligus menegur kebiasaan yang salah dengan cara yang sangat berhemah.
Membaca kisah pertama membuatkan mata anda berkaca.
Jom baca!


Genre : Sejarah
Star : ****
Muka surat: 266
Travelog sejarah Johor yang menambah kefahaman terhadap pembacaan ki..."
Masih dalam wishlist saya ni Kak Hanom. Entah bila dapat beli dan baca 🤭 Baca reviu akak lagi berkobar-kobar nak baca.
Hanom wrote: "Pembacaan #4

oleh
Vbi Djenggotten
Tamat pembacaan : 27/4/2020
Star :*****
Genre: Novel g..."
Wah menarik ni. Boleh saya tahu beli di mana?

oleh

Tamat pembacaan : 27/4/2020
Star :*****
Genre: Novel g..."
Wah menarik ni. Boleh saya tahu beli di mana?

Wabak


Star: **
Satu catatan tentang wabak penyakit yang berlaku di Oran, sebuah kawasan pantai di Algeria. Penularan virus Covid 19 pada awal tahun 2020 ini di Malaysia membuatkan saya tertarik untuk menghabiskan pembacaan yang tertangguh.
Wabak lebih kepada catatan seorang fronliner yang merawat wabak ini. Beliau mencatat apa yang berlaku, apa yang beliau rasa dan alami sepanjang wabak menyerang bandar ini tanpa henti. Kematian sudah seperti rutin dan kerinduan akibat sekatan keluar dan masuk dari bandar Oran hampir menjadikan mereka rasa seperti mati. Tidak kurang juga yang melanggar peraturan lari dari sekatan.
Maka itulah yang kita alami sekarang. Sejarah di bandar mereka mungkin menjadi sejarah kita.
Jom baca!
(Kali pertama membaca buku terjemahan. Agak lambat untuk mendapatkan momentum pembacaan... :-D


Genre : Sejarah
Star : ****
Muka surat: 266
Travelog sejarah Johor yang menambah kefahaman terhada..."
Patut dibaca Aina, lebih mudah memahami kronologi dan susur galur kerajaan Johor. :D


oleh

Tamat pembacaan : 27/4/2020
Star :*****
..."
Saya beli semasa di PBAKL..itu pun cuma dapat 1 siri sahaja..

Kisah Anak Bini

oleh Hamka Kereta Mayat

Genre: Anekdot
Muka surat :179
Bintang : ****
Tarikh tamat pembacaan : 30/12/2020 (sudah lama habis sebenarnya :)
Seronok membaca Kisah Anak Bini. Benar-benar kisah anak bini realiti kehidupan. Anekdot yang dikumpul sepanjang perjalanan hidup seharian yang melucukan namun mempunyai pengajaran. Rupa-rupanya ada seribu ragam suami isteri dan anak-anak untuk dirakam dan boleh memberi inspirasi dalam pengurusan kekeluargaan kepada orang lain.
Alhamdulillah, terima kasih penulis.
Jom baca! Anda perlu baca!

Kumpulan Cerpen Anggerik dari Bukit Tujuh

Oleh Sutung Umar

Genre: Cerpen
Muka surat :149
Bintang: ****
Tarikh tamat pembacaan: 31/12/2020
Membaca Anggerik dari Bukit Tujuh memerlukan fokus yang tinggi. Menyelak setiap aksara dalam dunia halusinasi dan imaginasi. Penulis juga membawa pembaca menyelami seni budaya negeri Kelantan tentang wayang kulit.
Karya yang sangat bagus untuk dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin menghantar cerpen ke Majalah Dewan Sastera.
Jom baca!
Books mentioned in this topic
Anggerik Dari Bukit Tujuh (other topics)Kisah Anak Bini (other topics)
33 Pesan Nabi Vol. 3: Jaga Sikap, Raih Kebaikan (other topics)
Kerana Cinta Aku Derhaka: Jejak Sejarah Johor-Riau (other topics)
Wabak (other topics)
More...
Authors mentioned in this topic
Sutung Umar RS (other topics)Hamka Kereta Mayat (other topics)
Vbi Djenggotten (other topics)
Albert Camus (other topics)
Vbi Djenggotten (other topics)
More...
Saya kembali ..