Goodreads Malaysia discussion

note: This topic has been closed to new comments.
286 views
Arkib (Maraton Membaca 2013) > FAQ 50 Buku Setahun

Comments Showing 1-20 of 20 (20 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jul 09, 2010 08:31PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Apakah itu program 50 Buku Setahun?

Program 50 Buku Setahun adalah program yang mengajak pesertanya mencabar diri sendiri untuk membaca 50 buah buku setahun. Peserta perlu menyenaraikan tajuk-tajuk buku yang telah dihabiskan pada tahun tersebut di forum Goodreads Malaysia.

Bagaimana caranya untuk saya turut serta?

Anda perlu menjadi ahli Goodreads Malaysia, kerana hanya dengan itu anda dapat membuka topik di forum Goodreads Malaysia. Kemudian anda perlu wujudkan satu topik baru untuk menyenaraikan tajuk-tajuk yang telah anda baca pada tahun itu. Topik baru itu kemudiannya diletakkan dalam folder 50 Buku Setahun 2010 yang ada di Goodreads Malaysia.

Apa yang patut saya tulis dalam senarai itu?

Tajuk sahaja sudah memadai, tetapi jika mahu meletakkan juga nama pengarang atau imej kulit buku, sangat dialu-alukan. Ini tidak susah, kerana Goodreads mempunyai sistem yang memudahkan kita menglink/memautkan tajuk, pengarang dan imej kulit buku ke dalam topik-topik diskusi.

Wajibkah saya membaca 50 buku pada tahun itu?

Tidak sama sekali. Cukuplah kalau kita dapat menjadikan angka 50 itu sebagai pembakar semangat untuk terus membaca.

Apa hadiah yang akan saya dapat jika saya berjaya mencapai 50 buku?

Malangnya tiada apa-apa hadiah kecuali keseronokan membaca dan keseronokan beraktiviti dengan rakan-rakan buku sahaja. Biasanya senarai anda akan dikomentari oleh rakan-rakan buku lain, dan itu membuka peluang untuk bertukar cerita buku dan mengenali rakan baru. Tetapi kita berdoa sahaja mudah2an rezeki GRMY lebih murah pada masa depan. Maka dapatlah kita beri hadiah.

Perlukah saya mengulas buku-buku yang telah saya baca?

Setakat ini para peserta bebas untuk mengulas atau tidak. Ia bukanlah syarat wajib untuk memasukkan buku ke dalam senarai anda. Ada dua cara untuk mengulas, sama ada mengulas pada topik senarai baca anda, atau mengulas pada bahagian review buku yang telah disediakan khusus pada setiap data buku.

Bolehkah saya senaraikan buku yang dibaca separuh/sebahagian kecil sahaja?

Diskusi mengenai hal ini pernah berlaku, dan telah diputuskan secara sepakat di kalangan peserta bahawa buku-buku sedemikian tidak layak dimasukkan ke dalam senarai.

Bagaimana kalau ada peserta yang buat-buat senarai tipu? Bolehkah kita tahu?

Selalunya akan ada sahaja rakan-rakan buku di sini yang akan mengomentari senarai orang lain. Itu adalah pemantauan tak langsung. Tapi entahlah, ada juga ke yang rajin nak menipu hal-hal membaca ni? Psikotik agaknya dia? :p

[Terima kasih kepada r.o.l yang memberi idea untuk mewujudkan FAQ ini. Sekiranya ada soalan lain yang berbangkit, insyaAllah kita sama-sama diskusi jawapannya dan saya akan naikkan sebagai FAQ kemudian nanti sebagai konvensi 50 Buku Setahun. Terima kasih semua.:]


message 2: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments Ok, sdr. Najibah. Nanti saya teliti. Untuk info, bulan Jun & bulan Julai ini, saya sudah baca (kalau tak salah hitungan) 10 buah buku. Memang maraton..hahahhaha..

Saya nak cepat ke Bangi. Nanti saya teliti :-)


message 3: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Kalau dari awal tahun ini, saya sudah tidak ingat berapa buah buku yang dibaca. Lagipun apabila duduk di meja editorial, sentiasa kena membaca.

Adakah dikira juga?


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Zahiruddin wrote: "Kalau dari awal tahun ini, saya sudah tidak ingat berapa buah buku yang dibaca. Lagipun apabila duduk di meja editorial, sentiasa kena membaca.

Adakah dikira juga?"


Kami mementingkan bahan bacaan bukan berkala yang dibaca untuk hiburan atau menambah ilmu sendiri. Kalau untuk kerja...erm, entah le. Kalau saya, saya kata tak boleh dikira sebab ia dibaca untuk kerja bukan rela hati.

Mod lain, apa pendapat?


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jul 11, 2010 09:35PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Bagaimana kalau ada peserta yang buat-buat senarai tipu? Bolehkah kita tahu?

Kita tak akan tahu dan kita tak akan kisah. Kita tak kisah sebab program ini tidak melibatkan apa-apa hadiah. Kalau si penipu rasa puas hati, biarkan le. Baca 50 buku setahun pun nak tipu? Ini kes kronik! Tapi saya rasa takde siapa yg tipu setakat ni.


message 6: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Betul tu,sapa la yg nak tipu.


message 7: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Khairul H. wrote: "Zahiruddin wrote: "Kalau dari awal tahun ini, saya sudah tidak ingat berapa buah buku yang dibaca. Lagipun apabila duduk di meja editorial, sentiasa kena membaca.

Adakah dikira juga?"

Kami mement..."


Kejam kedengarannya, tapi saya ada 'dendam peribadi'. Sebab saya tak dapat membaca semasa sedang bekerja, jadi saya tak setuju Zahiruddin mengira buku2 yang dibaca kerana kerja :D

Lawak saja tu, Ustaz. Tapi saya rasa membaca kerana kerja editorial, mungkin tak dapat dimasukkan kerana yang dibaca itu bukanlah buku, tetapi manuskrip yang belum terbit, atau mungkin Ustaz boleh berikan pencerahan? Mungkin saya yang kurang jelas.

Web wrote: "Ok, sdr. Najibah. Nanti saya teliti. Untuk info, bulan Jun & bulan Julai ini, saya sudah baca (kalau tak salah hitungan) 10 buah buku. Memang maraton..hahahhaha..

Saya nak cepat ke Bangi. Nanti sa..."


Tuan Web, terima kasih. Bolehlah ikut serta nanti :)


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jul 11, 2010 10:33PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Khairul H. wrote: "Bagaimana kalau ada peserta yang buat-buat senarai tipu? Bolehkah kita tahu?

Kita tak akan tahu dan kita tak akan kisah. Kita tak kisah sebab program ini tidak melibatkan apa-apa hadiah. Kalau si ..."


Zaman budak2 dulu ramai yang tipu masa Program Nilam - sebab nak dapatkan hadiah pembaca terbanyak. Kalau ada lagi yang tipu untuk Program 50 Buku Setahun, memang dia masih terperangkap dalam zaman kanak-kanak :).


message 9: by Norain (new)

Norain | 687 comments Paling tak suka Anugerah Nilam sebenarnya. Budak-budak, mana suka menulis ulasan atau sinopsis buku. Suka membaca tapi tak suka menulis masa tu. Tapi di sekolah rendah tetap dapat dengan kerap anugerah tu sebab cikgu kira pemenang ikut siapa yang pinjam buku banyak.


message 10: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Norain MT wrote: "Paling tak suka Anugerah Nilam sebenarnya. Budak-budak, mana suka menulis ulasan atau sinopsis buku. Suka membaca tapi tak suka menulis masa tu. Tapi di sekolah rendah tetap dapat dengan kerap anug..."

Itulah, program Nilam tu kena overhaul - misalnya kombinasikan dengan persembahan reviu buku. Pelajar yang paling banyak tulis ulasan dan mampu memberi ulasan/bercerita mengenai buku secara lisan dengan berkesan, baru layak dapat hadiah. Secara tak langsung mendedahkan mereka pada teknik komunikasi berkesan.


message 11: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Bila ada anak masuk sekolah rendah baru le tau apa bendanya Program Nilai tu. Zaman saya takde. Yes, I'm old.

Kerap juga dia bawa buku cerita ke sekolah tapi tak tulis apa-apa pun dalam buku rekod Nilam dia tu.


message 12: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments My kids fail at recording what they read.

But they DO read! So macamana...? :D


message 13: by Saniah (last edited Jul 14, 2010 04:17AM) (new)

Saniah Mat | 163 comments Kataklicik wrote: "My kids fail at recording what they read.

But they DO read! So macamana...? :D"


Anak saya pun sama.terutama yang bongsu.Nampaknya kita kena buat macam dalam GR juga.Suruh dia kumpulkan kawan-kawan dan tetapkan ingin baca berapa buah buku sebulan/setahun.Barulah bersemangat.


message 14: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Tumpang tanya.

Adakah Majalah SOLUSI boleh di masukkan dalam list BUKU?

Bagi saya, walaupun ianya hanya sebuah majalah setebal 110 muka surat tetapi kandungannya lebih baik dari novel yang 1000 muka surat.


message 15: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Khairul H. wrote: "Zahiruddin wrote: "Kalau dari awal tahun ini, saya sudah tidak ingat berapa buah buku yang dibaca. Lagipun apabila duduk di meja editorial, sentiasa kena membaca.

Adakah dikira juga?"

Kami mement..."


Saya rasa ok. Tapi pastikan betul-betul habis lah. Sebab adakalanya buku berkaitan kerja ini bukannya kita khatam pun, cuma refer untuk perkara-perkara tertentu saja.

Kalau speed reading macam Aidura boleh lah kot.

Mod lain bagaimana?


message 16: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Hilman wrote: "Tumpang tanya.

Adakah Majalah SOLUSI boleh di masukkan dalam list BUKU?

Bagi saya, walaupun ianya hanya sebuah majalah setebal 110 muka surat tetapi kandungannya lebih baik dari novel yang 1000 m..."


Saya rasa ada group untuk Majalah. Mungkin boleh mulakan list untuk majalah pula di situ.

http://www.goodreads.com/group/show/1...

Saya ada juga baca Off The Edge atau Milenia Muslim tapi saya berpendapat tak perlulah masuk di sini walaupun kandungannya lebih baik dari sesetengan buku. After all, ini senarai untuk 50 buku setahun. Nanti kalau masuk majalah, komik terbitan mingguan macam pedang Setiawan (ada lagi ke) pun boleh masuk juga.


message 17: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Hilman wrote: "Tumpang tanya.

Adakah Majalah SOLUSI boleh di masukkan dalam list BUKU?

Bagi saya, walaupun ianya hanya sebuah majalah setebal 110 muka surat tetapi kandungannya lebih baik dari novel yang 1000 m..."


Hilman,

4 ur info, majalah berkala tak boleh dimasukkan ke dalam senarai 50 buku setahun menurut moderator incik Khairul H. :)


message 18: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments ok...tq


message 19: by Norain (new)

Norain | 687 comments Brother Hilman, saya pun minat Solusi. Rindu rasanya tak dapat baca. Tapi ada kawan saya sedang langgan dan insya-Allah mahu bawa ke sini apabila pulang dari cuti hujung tahun nanti. Saya dah tempah mahu meminjam awal-awal lagi :)


message 20: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Majalah berkala tak boleh kira. Full Stop!

:)


back to top
This topic has been frozen by the moderator. No new comments can be posted.