Web Sutera's Blog
March 2, 2017
TRILOGI YANG BERMULA DALAM PERANG ARMAGEDON BERSAMBUNG
Sebermula dari labirin alam Underworld ... arena medan tempur ... jenis tentera yang tak boleh dilupakan, kombat yang menyayat hati. Perang dan petaka masa depan yang tiada belas kasihan terhampar di hadapan dunia kemanusiaan yang semakin menipis nilai jati diri kejadian. Setelah gagal menabrak Madinah, dan terbantut menerobos Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, Zionis-Yahudi terus memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia.
Di antara ramai manusia yang berkecamuk jati dirinya, muncul di persada sekumpulan manusia bernurani yang dapat melihat pelan busuk dari Underworld. Makanya, dunia kegelapan yang ingin membalas dendam bertempur lagi dengan para Mujahid Islam. Namun mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel.
Pertempuran perikatan Ahzab yang diketuai oleh Zionet menggunakan gerembolan syaitan dan tentera hibrid, berdepan dengan anak muda Mujahid Islam yang dipandu oleh ulama sedunia.
MAGEDDO: PETAKA AHZAB, novel ketiga bagi Trilogi Armagedon.
Di antara ramai manusia yang berkecamuk jati dirinya, muncul di persada sekumpulan manusia bernurani yang dapat melihat pelan busuk dari Underworld. Makanya, dunia kegelapan yang ingin membalas dendam bertempur lagi dengan para Mujahid Islam. Namun mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel.
Pertempuran perikatan Ahzab yang diketuai oleh Zionet menggunakan gerembolan syaitan dan tentera hibrid, berdepan dengan anak muda Mujahid Islam yang dipandu oleh ulama sedunia.
MAGEDDO: PETAKA AHZAB, novel ketiga bagi Trilogi Armagedon.
Published on March 02, 2017 06:58
December 4, 2016
Bosanlah sejarah!

Allah berungkap dalam Al-Quran, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu”. (Surah Al-Naml 27: ayat 69)
Banyak kali dalam Al-Quran Allah menyebut dan menyuruh hamba-Nya – kita semua - agar mengembara dan memerhati dengan mata hati, dengan nurani. Menurut pakar tafsir, terdapat dua belas kali ungkapan serupa atau sama erti ditemui dalam kitab suci umat Islam itu.
Dalam pada itu, sebahagian besar kandungan Al-Quran adalah kisah dan ceritera. Perkisahan sejarah makhluk dan manusia. Bukan perkara main-main.
Sejarah? “Bosanlah subjek sejarah!”
“Malas aku dengan sejarah. Asyik kena hafal tarikh, nama dan peristiwa!”
“Aku tak suka sejarah! Payah mahu menghafal!”
Itulah ungkapan yang mungkin sering kita dengar, atau kita yang berkata demikian, terutamanya di bangku sekolah.
Sahabat Rasulullah (SAW), Abdullah bin Mas’ud berkata, “Jika kalian menginginkan ilmu, maka telaahlah Al-Quran kerana di dalamnya terdapat ilmu generasi manusia pertama dan terakhir (atau ilmu umat dahulu dan mendatang).”
>> BACA LAGI
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on December 04, 2016 14:44
October 13, 2016
REMPIT 2: Eh, Iman Kau ke Mana?

Sering kita dengar orang tua dahulu lahirkan pepatah: ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Sebelum itu harus diambil juga pepatah: ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Orang-orang Melayu dahulu melihat alam dalam membentuk kata-kata nasihat dari tamsil ibarat. Indah, insya-Allah.
Dalam usaha melentur itu, peranan ulama atau cerdik pandai Islam menjadi penting. Lahirnya generasi penerus pejuang Islam demi kebaikan manusia sejagat dibentur oleh mereka yang ikhlas kerana Allah dan demi kelangsungan hidup sebelum mati.
Kita yang ikhlas berjuang tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan. Sikit-sikit marah. Sikit-sikit melenting dan kata “Ah, pandailah kau!”
Kita mentaakul dengan nasihat ulama yang setia bersama perjuangan Islam. Kita bergerak dengan niat kerana Allah, demi tegakkan Islam yang janjikan pahala jihad yang suci di sisi Allah.
Kisah di bab berikut sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan, kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah, hatta dipertaruhkan nyawa sekalipun justeru menyedari yang nyawa adalah pinjaman Allah. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah, dan ini yang diajarkan oleh ahli ibadat sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah batil semata-mata.
Bagi saya, ini juga kisah Al-Fateh, yakni kisah pembuka dan pembebas minda. Tak usah kata “Aku dah pandai!” Bacalah kisah berikut dari Surah al-Buruj.
Rempit Al-Fateh
Visi dan misi yang jelas, ketahanan jiwa yang kukuh, dan fokus tugas untuk kembangkan Islam sangat padu.
** Petikan dari manuskrip REMPIT AL-FATEH, USAH LETIH yang sudah siap. Andai ada penerbit sudi, saya berbesar hati.
** Saya WEB SUTERA , novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku.** Selain menulis, saya juga mengusahakan bisnes katering. Sudikan untuk hubungi pihak LUSIANA CATERING . Benda boleh bincang dalam Raikan Citarasa, insya-Allah.
Published on October 13, 2016 23:46
October 5, 2016
Kisah Hijrah 1

Wahai anak muda! Duhai ikhwan!
Selepas membebaskan Konstantinopel, kerajaan Daulah Uthmaniyah berdepan dengan ancaman daripada kerajaan atau wilayah Trebizond. Semasa berjalan menuju wilayah Trebizond di pesisir pantai Laut Hitam, Sultan Muhammad Al-Fateh dan angkatan perangnya berhadapan dengan banyak halangan. Salah satu halangan itu ialah penguasa Trebizond disokong oleh satu kabilah suku kaum Turki yang dipimpin oleh Hasan Uzun.
Sultan Muhammad Al-Fateh menemui ibu Hasan Uzun bagi mencari perdamaian, dan sekali gus sebagai orang tengah bagi memberi elemen hijrah kepada anaknya.
Ibu Hasan Uzun bertanya, “Wahai anakku, mengapa kamu bersusah payah berjalan menuju ke sana? Kamu sudah harungi gunung-ganang dan mendaki bukit-bukit tinggi. Adakah Trebizond berhak untuk kamu bebaskan sehingga sebegini sekali?”
Sultan yang berani, gagah, cerdas dan menghambat gagal daripada hidupnya itu menjawab, “Duhai bondaku. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan pedang di tangan saya untuk berjihad di jalan-Nya. Andai saya tidak sabar dan tidak berusaha menghadapi aneka ragam perkara sulit ini, serta tidak laksanakan amanah pedang ini, maka saya tidak patut mendapat gelaran ghazi. Saya takut menemui Allah SWT di akhirat kelak dengan kegagalan dalam misi menyebarkan Islam.”
-- Kisah dipetik dari buku Hijrah Champion Gaya Rasulullah, diterbitkan oleh Must Read.
** Saya WEB SUTERA, novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku.** Selain menulis, saya juga mengusahakan bisnes katering. Sudikan untuk hubungi pihak LUSIANA CATERING. Benda boleh bincang dalam Raikan Citarasa, insya-Allah.** Foto: Seorang pembaca sudi membeli novel PERANG ARMAGEDON, diterbitkan oleh Galeri Ilmu.
Published on October 05, 2016 00:22
October 4, 2016
Langkah Ini Terus Berjalan

Terima kasih kerana memberi makna kehadiran saya di acara buku ini. Selama 6 hari berada di sini dengan sokongan para pengunjung, rakan pempamer, penganjur dan pihak lain yang sudi menyapa, membeli, mendengar cerita dan bergambar dengan saya.
Sepanjang kehadiran di Pesta Buku SOGO Kuala Lumpur 2016, saya melihat rencam 'anutan' pengunjung. Saya suka menegur, justeru dari situ saya dapat melihat banyak respons. Ada yang teruja apabila saya berkata, "Cikpuan, saya tulis novel ini. Minat baca novel?"
Ada yang hanya tersenyum. Bahkan ada juga buat tak endah dan berlalu... melangkah kaki entah ke mana arahnya (mungkin sekadar 'mencemar duli'). Ada saya dengar dan lihat, “Eeh! Cepatlah Angah! Daddy ada banyak kerja ni. Beli cepat!"
Namun ada juga yang sudi bergambar dan meminta bergambar dengan saya. Inilah rencam perangai manusia. Walau apapun, saya akan terus turun untuk menemui pembaca dan mempromosi buku-buku, insya-Allah.


Antara foto-foto yang sempat dirakam. Terima kasih lepada semua pembaca yang membeli novel Perang Armagedon dan Baitulmaqdis: Petaka Armagedon, novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panjiAl-Fateh, Puisi Tak Puitis - Himpunan Puisi Web Sutera dan antologi cerpen Kelibat.
Semoga setiap bualan, celoteh saya dan bait ayat di setiap buku memberi makna serta manfaat. Insya-Allah, saya akan terus menulis dan sentiasa bersedia untuk menemui para pembaca di mana jua. Jemput, heret dan panggilah saya lagi.
Mohon doa kalian agar Allah terus memberi kekuatan untuk diri ini bergerak dalam dunia perbukuan negara.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on October 04, 2016 00:34
September 15, 2016
Pesta Buku SOGO, Kuala Lumpur

Pesta Buku SOGO, Kuala Lumpur, 22 Sept. - 3 Okt. 2016, Tingkat 7, Kompleks SOGO, Jalan TAR. Insya-Allah, sesi bual bicara saya di pentas utama; i) 28 Sept., 3.00-4.00pm, ii) 1 Okt., 3.00 – 4.00pm.
Sejak tahun 2010, saya aktif menulis buku. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama saya, dari bos penerbit; barisan editor; staf pemasaran, promosi dan jualan, sehingga semua tenaga kerja dunia perbukuan Malaysia.
Penghargaan tidak boleh tidak khas untuk pembaca budiman, tuan dan cikpuan yang dikasihi Allah Azza wa Jalla. Sokongan yang diterima selama ini bukan perkara kecil, kerana penulis kerdil ini mahu tetap berdiri dan berlari.
Justeru saya bukan mahu mengajak tuan dan cikpuan menemui saya, bahkan sayalah yang akan menunggu para pembaca di pesta buku ini. Mungkin banyak persoalan yang ingin diajukan, rencam telahan yang bermain-main dalam ruang minda, dan mungkin ingin bertanya penulis kerdil ini? Saya sangat alu-alukan kehadiran para pembaca di pentas utama. Insya-Allah, di dua sesi bual bicara, tuan dan cikpuan boleh bertanya apa sahaja mengenai buku dan novel yang saya tulis. Paling tidakpun, masih ada buku-buku yang belum saya tandatangan? Bawa sekali ya. Saya tunggu!
** Saya WEB SUTERA , novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku.
** Selain menulis, saya juga mengusahakan bisnes katering. Sudikan untuk hubungi pihak LUSIANA CATERING . Benda boleh bincang dalam Raikan Citarasa, insya-Allah.
Published on September 15, 2016 17:48
September 13, 2016
Telusuri Sejarah dan Sastera

Setelah dua manuskrip saya hantar ke penerbit, kini saya sambung menekuni novel ketiga dalam siri Trilogi Armagedon. Macam biasa, sebelum menulis saya akan membaca, membaca, membaca dan menelaah banyak buku termasuk kitab tafsir al-Quran dan mutiara hadis-hadis Rasulullah. Justeru saya sambung baca kitab Tafsir Al-Azhar, karya ulama Nusantara terkenal Prof. Dr. Hamka, lalu merentasi ayat seperti foto atas.
Masya-Allah. Tabarakallah. Betullah kata orang yang almarhum menafsir dengan gabungan elemen sejarah, sosiologi, tasawwuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi. Banyak sekali saya jumpa kosa kata bahasa Melayu (juga Minang), tamsil ibarat dan kata-kata indah yang menusuk ke dalam nubari.
Maka saya bersetuju dengan Almarhum Pak Hamka bahawa bahasa yang indah dapat memikat pembaca. Inilah kaedah realisme, bukannya realisme yang sering dicanang oleh para pemuka novel yang kononnya menulis aliran realisme.
Realisme yang sebenar, pada hemat saya, ialah keindahan bahasa itu dijaga dalam penulisan!
Begitu juga Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah bertinta: “Bahasa merupakan nikmat yang tidak terkira yang dianugerahkan Allah SWT ke atas seluruh manusia dan ia mesti digunakan sepenuhnya dalam berkomunikasi sesama manusia. Sebagai contoh, Thailand berjaya menghasilkan produk buah-buahan melalui teknologi terkini tanpa menggunakan bahasa asing.”
Penulisan sebegini tak laku keras (bestseller)? Bestseller di mata siapa, di mata para duitan semata-mata? Dunia dicari, sedang bahasa indah kurniaan Tuhan tak diguna pakai sewajarnya? Mana fitrah kita sebagai manusia?
Sebab itu, antara lain, mengapa semua novel saya ditulis dalam gaya bahasa... ya bahasa, bukan main caca-marba. Selain sisi sejarah, saya juga mengambil berat sisi bahasa yang indah, dengan kosa kata yang berlainan. Ada 'orang' kata berat? Yakah berat? Atau hanya dengar-dengar ‘orang’ kata sahaja ia berat, walhal kau orang belum cicip lagi?
Tolong berikan keadilan untuk saya. Saya sudah gunakan bahasa yang mudah, andai mahu dibandingkan dengan beratnya saya menelaah banyak buku sejarah yang bosan itu.
“Tidak ada lesung yang tidak berdedak.”
Pepasir pantai pun berubah, inikan pula kita manusia yang fitrahnya suka keindahan. Asmara bahasa indah, bikin hati tersentuh lalu mengambil ibrah.

** Saya WEB SUTERA, novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku. ** Selain menulis, saya juga mengusahakan bisnes katering. Sudikan untuk hubungi pihak LUSIANA CATERING. Benda boleh bincang dalam Raikan Citarasa, insya-Allah.
Published on September 13, 2016 21:24
September 6, 2016
Konspirasi Mageddo?

Mageddo adalah nama sebuah lembah di Palestin - yang dijarah Zionis-Yahudi - yang diramalkan tercetusnya Perang Armagedon oleh sebuah konspirasi tahap tertinggi. Ia terbentang dari Mageddo sehingga ke utara, kemudian sehingga ke Edom di selatan, seterusnya sampai ke Laut Putih di barat dan Bukit Mohab di timur. Dijangkakan oleh pakar strategi perang, sekiranya panglima perang dapat menguasai wilayah ini, maka batalion itu dapat mematahkan setiap serangan.
Dalam pada itu, ada sisi lain yang turut terlibat... terhijab bagi yang tak mahu buka mata hati. Dunia sejajar berdimensi lain, yang turut bersengketa dan cuba untuk mencari penyelesaian, kononnya, untuk jagat manusia.
Dunia akhir zaman yang panas, kering, kontang iman... dan kontang dalam rupabentuk muka datarannya. Manusia dan makhluk yang fana saling cuba untuk mengungguli satu sama lain. Namun hukum Tuhan Yang Maha Esa siapa dapat atasinya?
BACA LAGI >>>
** Foto grafik: Novel PERANG ARMAGEDON, yang turut menyentuh lokasi Mageddo .** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on September 06, 2016 17:57
August 29, 2016
Merdekakah Kita?

Rangkuman di Karnival Geng Masjid Merdeka, Masjid As-Syarif, Meru, Klang, 26 – 28 Ogos 2016. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi bertemu saya. Sembang, cerita dan buah fikir yang kita kongsikan memberi banyak sudut pandang. Penghargaan kepada yang membeli karya-karya saya di gerai penerbit. Insya-Allah, semoga tautan ukhuwah ini berpanjangan sehingga ke negeri Akhirat.
Satu sisi saya nak sorot, yang begitu terkesan di hati. Yakni solat jemaah di masjid macam solat Jumaat. Penuh sampai ke hujung karpet. Allahu-Akbar! Inilah antara kesan yang muncul, yakni paling tidakpun para pengunjung dan anggota pempamer bersolat jemaah. Bukan ke itu indah dan menusuk di hati?
Pada hari terakhir karnival, usai solat Isyak, sesi sembang dan bicara mengenai erti merdeka. Ahli panel secara keras dan yakin memberitahu “Jangan buta sejarah!” Kerana buta sejarahlah kita dihenyak oleh geng kuffar dan konco-konconya. Gali sejarah dari sumber-sumber yang autentik, usah terima begitu sahaja apa yang disogok oleh para pembenci Islam.
Bercakap soal solat, ingin saya berperi akan surau-surau di pusat membeli-belah, terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor. Dari pengalaman sendiri, saya lihat majoriti surau yang disediakan bagaikan ‘asal ada’, yakni dapat bersolat jemaah beberapa saf sahaja (baca hanya 2 saf!). Ada surau yang hanya dapat muat 4 sehingga 6 orang sahaja serentak. Imam pun santak ke dinding depan kerana sempit!
Mengapa? Kerana, insya-Allah, antara lain, ada orang-orang yang diberi tanggungjawab buta sejarah. Buta sejarah lantaran tercucuk hidung oleh penguasaan puak-puak Zionis-Yahudi. Walhal dalam masa yang sama, puak-puak yang memegang cemeti itu akan cair dan runtuh seperti mana firman-firman Allah dan sabda-sabda Nabi Muhammad (SAW). Tak takut ke?
Surau-surau yang disediakan tak cukup ruang untuk berjemaah secara empat atau lima saf panjang. Maka anak-anak muda dan orang-orang dewasa menunggu saf demi saf keluar barisan untuk berjemaah dua, tiga, empat, bahkan lima kali lagi. Saya tak nafikan ada beberapa lokasi yang suraunya besar, cukup selesa untuk berjemaah. Tapi majoriti daripadanya tidak.
Peraturan wajib dibuat agar semua pusat membeli belah sediakan surau paling minimum pun dapat digunakan oleh lima saf untuk bersolat jemaah serentak.
Mengapa tak boleh untuk merombak surau-surau yang ada? Susah nak rombak kembali surau, lantaran ruang kecil, kononnya? Buat kedai besar-besar itu boleh pula? Oh ya! Surau tak ada nilai komersial! Itu yang difikirkan? Jahanam!
Mana erti merdeka? Nilai komersial dilihat dari kacamata wang ringgit sahaja? Jangan buta sejarah!

** Foto-foto rangkuman di Masjid As-Syarif, Meru, Klang. Selamat Hari Merdeka 31 Ogos 2016. Ubah gaya berfikir.
** Saya WEB SUTERA, novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku.
Published on August 29, 2016 17:45
August 24, 2016
Ramai kenal sejarah ‘seekor’ Batman berbanding Muhammad Al-Fateh

Saya dah baca buku Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh ni. Struggle nak habiskan? Memang. Tapi sebab saya suka sejarah dan sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri. Part of Islam dan sebahagian dari hadis Nabi Muhammad SAW yang rasanya boleh dikatakan sangat penting (wajib mungkin?) bagi umat Islam untuk kenal siapa beliau.
Memang baca sampai habis. Sultan Muhammad Al-Fateh adalah satu susuk individu yang patut semua orang Islam kagum dan teruja dengan beliau, sebelum teruja dengan segala watak fiksyen dalam movie barat tu. Tapi sayang... ramai yang kenal 'sejarah ciptaan' seorang (ke seekor?) Batman daripada Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri yang sejarahnya adalah sesuatu yang nyata bukannya ciptaan. Muslim ada hero yang wujud di alam nyata, tapi ramai Muslim yang bangga dengan hero yang tak wujud dan tentunya tak sembah Allah. Macam mana tu?
Buat saya terfikir. Dahsyat betul musuh Islam ni bertungkus-lumus (dan berjaya) brainwash-kan manusia (terutama Muslim itu sendiri) daripada bangga dengan 'Hero' realiti bukan fantasi. Hari ini ramai yang bangga follow bersiri-siri movie daripada lelaki labah-labah (spiderman), sampailah ke lelaki kelawar ke kapten Amerika.
Ambil contoh penipuan mereka dalam movie Dracula The Untold: The Truth. Berapa ramailah yang tahu cerita itu walaupun tertulis ‘the truth’, sebenarnya penipuan sejarah yang besar?
So, buku ni memang saya suggest untuk semua peringkat umur, daripada mak bapak sampailah anak-anak.
Untuk parents, silalah tanam cita-cita dan didik anak-anak supaya jadi sehebat insan yang membenarkan ramalan Rasulullah SAW ini. Untuk adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, tanam cita-cita dan berusaha untuk meniru ke-'awesome'-nan Sultan Muhammad Al -Fateh. Bagaimana beliau boleh jadi insan yang cemerlang (sangat cemerlang) pada usia yang sangat muda, luaskan empayar Islam (dan memastikan tegaknya undang-undang Islam tu sendiri). Bukan sesuatu yang mudah. Kita jangankan nak Islamkan seseorang pun, nak berhujah tentang kelebihan Islam tu pun gagap.
Tambahan nota: Kalau susah nak hadam buku sejarah (novel sejarah – Penulis) macam ni (faham ramai tak minat sejarah ), cuba baca satu bab sehari. Itu pun jihad kan? Jihad mencari ilmu, insya-Allah.
Insya-ALLAH kalau ada rezeki, buku-buku lain Pak Web saya akan kumpul. Sekarang ni pinjam kat librari je.
All the best buat penulis Web Sutera. Saya kagum dengan Pak Web sebenarnya, mampu tulis buku-buku yang penuh dengan fakta. Bukan sesuatu yang mudah pada saya.
Semoga Allah memudahkan segala urusan Pak Web dalam jihad penulisan ini, insya-Allah.
-- (Komentar dari Cikpuan Yaya Yui di Facebook beliau).
** Saya WEB SUTERA, novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku. ** Saya juga pengusaha servis katering untuk KL/Selangor dan Negeri Sembilan. Sudikan untuk hubungi saya bagi sebarang majlis halal. Insya-Allah, benda boleh bincang .
Published on August 24, 2016 18:54