Mawar Safei's Blog
August 28, 2025
Terima kasih dan tahniah kepada YBhg. Prof Sufian Jusoh,...

Terima kasih dan tahniah kepada YBhg. Prof Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM kerana memilih novel Sungai Mengalir Lesu untuk ruang bicara Tela'ah.
Terima kasih kepada YBhg. Prof Suffian Jusoh, Naib Canse...

Terima kasih kepada YBhg. Prof Suffian Jusoh, Naib Canselor UKM kerana memilih novel Sungai Mengalir Lesu untuk ruang bicara Tela'ah.
August 23, 2025
Fame. Ini antara drama bersiri yang saya minat sewaktu r...

Fame. Ini antara drama bersiri yang saya minat sewaktu remaja. Saya pernah mahu belajar biola, menggesek cello seperti Julie. Mempunyai sahabat yang selalu ada seperti Bruno. Tahun ini saya menyerta Fames lagi seperti tahun lalu. Saya masih berlatih setiap petang sebelum pertandingan pada hujung bulan. Doakan...

August 13, 2025
Peragaan yang sangat cantik. Tahniah Sahabat Baikku, Fra...
July 24, 2025
Terima kasih Sahabat baikku, Frank Marcqueze Jr ...
July 12, 2025
Fadhlina SidekPengalaman HSPM 2021/2022 yang istimewa. K...

Pengalaman HSPM 2021/2022 yang istimewa. Kali ini saya bertemu dengan susuk yang saling terhubung antara kami. Saya duduk bersebelahan cucunda Dr Mana Sikana. Kaisara Izzara mewakili almarhum datuknya untuk menerima dua hadiah HSPM kategori buku dan esei kritikan. Hadiah kami disampaikan anakanda Dr Sidek Fadzil. Fadhlina, YB Menteri Pendidikan Malaysia. Almarhum Dr Mana Sikana dan almarhum Dr Sidek Fadzil merupakan guru saya yang kemudiannya menjadi rakan sekerja senior di Jabatan Persuratan Melayu, UKM. Kedua-duanya yang sangat berjasa. Kaisara yang baru saya kenali dan Fadhlina adalah sahabat lama yang baik. 10 Julai 2025 menyimpan kenangan manis tersimpan dalam dakapan ingatan saya.

July 10, 2025
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kumpulan cerp...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kumpulan cerpen Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya (2021) diangkat sebagai pemenang kategori A Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022. Terima kasih.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Esei Bimasa...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Esei Bimasakti Menari: Pertemuan Budaya Kreatif dengan Ilham dalam Penyeberangan Genre (buku Esei dan Kritikan dalam Novel Remaja, DBP 2022, suntingan Kamariah Kamarudin), diangkat sebagai pemenang Kategori B Esei/Kritikan Sastera Eceran (Makalah Separa Ilmiah) Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022. Terima kasih.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bab dalam b...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bab dalam buku Bimasakti Menari: Pertemuan Budaya Kreatif dengan Ilham dalam Penyeberangan Genre (buku Esei dan Kritikan dalam Novel Remaja, DBP 2022, suntingan Kamariah Kamarudin), diangkat sebagai pemenang Kategori B Esei/Kritikan Sastera Eceran (Makalah Separa Ilmiah) Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022. Terima kasih.


June 29, 2025
Saya tidak fikir menulis memoir adalah kerja mudah. Buka...

Saya tidak fikir menulis memoir adalah kerja mudah. Bukan hanya memerlukan tumpuan terhadap fakta masa lampau, yang lebih dituntut adalah nurani yang terhubung. Tahniah buat sahabat saya, Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin. Saya membaca dan menulis tentang Memoir Rimbunan Cinta Bonda dan ternyata saya banyak belajar untuk mencintai. Terima kasih Sdr Zuki Pileh atas siaran tulisan ini di Sinar Harian 29 Jun 2025.

Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
