Jangan menangis..

"Bukankah kita telah tahu bahawa kawasan di situ sering berlaku kejadian itu?"
Apabila orang-orang tersayang dipanggil Allah untuk pulang menemui-Nya. Jangan menangis.
"Bukankah setiap orang akan menemui ajalnya? Samada mereka pulang dalam keadaan sakit yang menjadi penyebab atau dalam keadaan sihat. Ajal itu tetap. Hanya kita yang tidak tahu bilakah harinya, tarikhnya, detik waktunya dan tempatnya.."
Apabila berpisah dengan rakan-rakan. Jangan menangis...
"Bukankah sepanjang perjalanan hidup kita bertemu dengan berbagai tingkah laku dan perangai. Rakan-rakan itu mematangkan kita. Itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagaimana Dia mengajar kita. Kita kenal erti kawan. Tidakkah kita mahu berfikir..?"
Saya cuba memujuk hati agar tidak mengalirkan air mata ketika memandu keluar dari kawasan kampus yang tercinta. Di universiti ini segalanya bermula di sini... saya mula sebagai pelajar, bertemu jodoh dan ditentukan Allah untuk menjadi tenaga pengajar.
Namun, akhirnya saya gagal menyeka air yang telah lama bertakung di kelopak mata. Ia mengalir jua lantaran terkenang-kenang getaran dakapan rakan-rakan yang memeluk dengan hati yang tulus ikhlas.
Dalam diam hati berbisik perlahan..
"Tahukah kalian .. saya tidak mempunyai rakan yang ramai. Namun yang sedikit itu lah yang berkualiti.. Ia berbekas di hati. Selamat tinggal rakan-rakan. Relakan kami pergi...Kalian tiada dosa terhadap saya, begitu juga saya harapkan agar kalian memaafkan mana-mana kesalahan saya yang terkilaf selama ini."
Kami pergi dahulu...
Published on August 16, 2011 02:00
No comments have been added yet.
Raudzah ''Roza'' Roslan's Blog
- Raudzah ''Roza'' Roslan's profile
- 52 followers
Raudzah ''Roza'' Roslan isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
