MEMBACA PRUF

Antologi cerpen inimenghimpunkan 15 buah cerpen remaja yang saya hasilkan dari tahun 1997 sehingga2008. Mungkin boleh dikatakan sebahagiannya bernuansa Islami dan dua pertigadaripadanya berlatarkan Timur Tengah. Barangkali tidak keterlaluan jika iadianggap mewakili diri saya sepanjang tempoh tersebut.
Apabila menyambungpengajian di Jordan pada akhir Ogos 1995, saya pada mulanya menyepi beberapaketika sebelum menulis semula setelah terlibat dalam sidang redaksi majalahsuara kampus Tanjung Puteri yang diterbitkan oleh Badan KebajikanPelajar Johor Jordan (BKPJJ). Bayu Dingin Mediterranean ialah cerpenpertama yang saya kirimkan ke media tanah air. Kemudian diikuti oleh Risik danCinta Kala Gegar Jakarta yang tersiar dalam majalah Muslimah hanyaselang beberapa bulan sahaja pada tahun 1998. Sejak itu, saya tidak menoleh kebelakang lagi. Menulis bukan sekadar berkreatif mencari kepuasan peribadi,bahkan ibadah yang perlu saya laksanakan sebagai salah satu cabang dakwah.
Pengalaman bermastautinbeberapa tahun di Jordan ternyata memberi sedikit kelebihan kepada saya untukmengangkat latar Timur Tengah dalam karya. Selain cerpen-cerpen yang disebutkantadi, saya menulis beberapa cerpen lagi seperti Darah Pejuang, Nil MengalirSongsang dan Nil Masih Mengalir sepanjang berada di sana. Kebanyakankarya pada fasa mengaji ini selain tersiar dalam media tanah air, diterbitkanjuga oleh majalah-majalah suara kampus seperti Tanjung Puteri, Reformis,Permai, Wacana Minda, Puteri Nasuha di Jordan dan SUKEJ di Mesir.
Insya-Allah ...
Published on February 15, 2012 07:34
No comments have been added yet.
Zaid Akhtar's Blog
- Zaid Akhtar's profile
- 49 followers
Zaid Akhtar isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
