Goodreads Malaysia discussion

Isra'iliyyat, Hadith Mawḍu' & Fitnah Sirah di Alam Melayu
27 views
Arkib Maraton Membaca 2022 > Nik Syafirul 2022: Target 50 Books

Comments Showing 1-36 of 36 (36 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by niksyafirull (last edited Feb 17, 2022 05:12AM) (new) - rated it 5 stars

niksyafirull | 36 comments #1 Isra'iliyyat, Hadith Mawḍu' & Fitnah Sirah di Alam Melayu by Zahiruddin Zabidi Zahiruddin Zabidi

Buku: Hadith Mawḍu' & Fitnah Sirah di Alam Melayu

Saya beli buku ni dah lama, cumanya ambil masa lama nak habis baca sebab terlalu ilmiah bagi saya,

tapi buku ni sangat bagus, ia membawa pembaca berfikir dan merenung sejenak adakah amalan dan cara beragama kita selama ini mengikut apa yang dibawa baginda Nabi ﷺ,

ataupun kita hanya mengikut tradisi ilmu yang dibawa oleh nenek moyang kita dahulu secara bulat-bulat tampa ingin tahu adakah amalan itu benar atau selari dengan ajaran baginda nabi ﷺ,

Buku tulisan ustaz Zahiruddin Zabidi ini, benar-benar membawa kita untuk berfikir, ia seolah-olah kita sedang disoal tentang bagaimana datangnya islam ke alam tanah melayu ini khususnya, dan apakah peranan kita yang baru muncul sebagai generasi terkemudian daripada menerima cara beragama yang dibawa oleh tok guru dan ulama’ terdahulu?

Antara punca pencemaran sumber islam di alam melayu adalah:

1.Kita hanya menerima bulat-bulat amalan-amalan yang dinisbahkan kepada agama kita sendiri dan menyangka semua yang ada di dalam kitab muktabar ulama-ulama dahulu sebagai sahih tampa kita sedari riwayat atau kisah-kisah yang dibawa itu mengandungi hadis maudu’, kisah isra’iliyyat dan kisah sirah yang tidak benar dan bahkan ada riwayat yang tidak ada asal, لا أصل له.

2.Orang melayu kita memahami bahawa tidak boleh kita mengkritik apa yang disampaikan oleh guru, kiyai, ustaz, lebai, imam, habib, kerana memandang ia adalah satu kebiadaban meskipun ada ajaran mereka yang jelas bercanggah dengan syariat disebabkan sikap taasub.

Point yang ingin saya sampaikan ialah, bukanlah mengajak kita untuk tidak mengikuti ulama bahkan kita dituntut untuk mengikuti mereka selagi mana apa yang disampaikan oleh mereka selari dengan apa yang disabdakan oleh Allah ﷻ dan Rasulnya ﷺ,

Dan bukanlah juga mengajak untuk membuang hasil kitab-kitab tulisan mereka cuma hanya perlu dikemaskini sumbernya sepertimana sebahagian ulama yang mentahqiq dan mentakhrij semula hadith-hadith karya ulama silam,

ia satu jihad yang sangat besar kerana memurnikan mereka daripada kesilapan nukilan mereka yang sedikit jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka untuk agama ini sangat besar.

Kata Muhammad bin Sirin:

ان هذا العلم دين فانظر عمن تاخذ دينك

Ilmu ini (hadith) adalah agama, lihatlah dari siapa kamu mengambil agama kamu.

Bila saya renung kembali usaha-usaha ulama hadith khususnya ulama al-Jarh wa al-Ta’dil yang sangat mementingkan sesuatu sumber riwayah yang disandarkan kepada nabi ini kerana semata-mata demi mejaga ketulinan agama ini daripada diseleweng oleh orang yang tidak amanah.

Kata Sufyan al-Thauri:

الملائكة حراس السماء وأهل الحديث حراس الأرض

“Para malaikat adalah penjaga wahyu dilangit manakala ahli hadith adalah penjaga wahyu dibumi!

Sebagai Tambahan:

Saya sewaktu di sekolah menengah dahulu pun begini, saya menyangka semua yang dibawa oleh para ulama dahulu sahih belaka di dalam kitab-kitab mereka.

Bahkan saya kurang gemar kepada ustaz atau mana-mana ulama kontemporari yang mempertikaikan apa yang dibawakan oleh ulama terdahulu atau ulama salaf.

Sehinggakan saya pernah mengatakan

'Takkanlah al- imam syafi'i salah'

Sebagai contoh isu qunut subuh, ada ustaz yang menerangkan bahawa dalil yang digunakan al imam syafi'i itu dhoif,

lalu saya pun menganggap mereka ustaz-ustaz itu memfitnah al imam syafi'i,

Sedangkan perbezaan pandangan dalam kalangan para ulama terdahulu adalah perkara yang biasa bahkan al-imam syafi'i pun ada pandangan gurunya al-imam malik yang beliau tidak bersetuju,

Mereka tidak bergaduh bahkan hanya membentangkan nas dan dalil yang mana lebih rajih (kuat) bagi pandangan mereka setelah dikaji dan disemak dalil-dalilnya dan membandingkan yang mana lebih tepat dengan apa yang disabdakan baginda nabi ﷺ di dalam hadithnya.

Tuntasnya,

Mengkritik bukanlah sesuatu yang menghina bahkan itu lah tradisi ulama hadith untuk menjaga sumber agama ini!

عن ابي رقية تميم بن اوس الداري رضي الله عنه ان النبي صلي الله. عليه وسلم قال : الدين النصيحة قلنا لمن يارسول الله قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين .

المصدر:صحيح مسلم

Agama itu ialah nasihat.

Sahabat bertanya, nasihat bagi siapa ya Rasulullah?

Jawab Nabi ﷺ,

Bagi Allah ﷻ, bagi Kitabnya, bagi Rasulnya, bagi para pemimpin kaum muslimin, dan bagi orang ramai.


niksyafirull | 36 comments #2 Untuk Hujan dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang by Zul Fikri Zamir

Buku: Untuk Hujan dan Angin Yang Memeluk Tiap Malam Yang Panjang

Buku yang nipis dan mengambil masa yang sangat singkat hanya satu hari untuk saya habiskan membacanya.

Karya Abg Zamir ni memang menusuk sampai ke hati kalau kita baca dan hayati, sehingga saya berulang kali baca.

kalau siapa-siapa suka sastera yang berkaitan cinta, pengalaman hidup dan perasaan, ini lah buku yang sesuai kerana buku ini ditulis dari sudut hati yang paling dalam.

ada satu ayat yang saya sangat suka dalam buku ini sehingga saya ingat bait-baitnya ialah:

'Tak semua perjalanan yang boleh kita rakam.
Ada perjalanan yang perlu kita nikmati saja,
Dan selebihnya kita simpan sebahagian besar biasanya di dalam hati.

Kerana hati ialah objek yang boleh dibuang dilambung disepak terajang
dihiris ditoreh dan disiat-siat.

Tetapi ia kekal hidup.


niksyafirull | 36 comments #3 Soal Jawab Fiqh Covid-19 by Zulkifli Al-Bakri

Buku: Soal Jawab Fiqh Covid

Antara perkara yang menarik dalam buku ni, dia ada sentuh bab Al-Ihtikar dan tentang Nose swab test, sama ada melalui kaedah Nasopharyngeal dan Oropharyngeal swab

1. Perbuatan membeli dan menyimpan barangan melebihi dari keperluan, boleh mendatangkan kemudaratan terhadap orang lain, malah ini juga menyebabkan harga barang naik! (Seperti yang kita selalu buat habis Roti Gardenia kita sembat lalu harganya menjadi yahudi.hmm yahudi pulak salah😜

Manakala perbuatan menaikkan harga barangan atau menyembunyikan barangan untuk dinaikkan harganya oleh seseorang peniaga amat dilarang.

Perbuatan ini termasuk dalam larangan daripada melakukan al-ihtikar.
Maksud al-ihtikar ialah, Seseorang yang membeli barangan keperluan lalu menyimpan sehingga waktu al-ghala' (krisis kekurangan bahan), kemudian menjualnya dengan harga lebih tinggi daripada yang dia beli. Barang keperluan yang dimaksudkan ialah bahan keperluan asas bagi manusia.

Dalam satu Hadith Nabi صلى الله عليه وسلم, yang diriwayatkan daripada Mu’ammar al-adawi, لاَ يَحتَكِرُ إِلاَّ خَاطِئٌ.

Maksudnya, tidak boleh melakukan ihtikar. Jika tidak dia termasuk orang yang bersalah (berdosa) Hadith Riwayat Muslim, (1605).

Kata Al-allamah Prof. Dr. Ahmad Tayyib berkenaan isu ini, kata beliau “Memonopoli barang keperluan (al-ihtikar) pada zaman wabak seperti ini hukumnya haram, bahkan pengharamannya lebih daripada keadaan biasa”.

2. Berkaitan Nose swap test, Prosedur saringan bagi penyakit covid-19 adalah dengan mengambil sampel lendir (mukus) yang berada di dalam hidung sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung paling atas) dan Mulut hingga ke kawasan oropharynx (anak tekak) adalah tidak membatalkan puasa. (Rujuk hasil mesyuarat jawatankuasa muzakarah khas majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam dan majma’ fiqh al-islami)

Sebab apa tak batal? melalui pembacaan saya la, kalau salah bagitau.😅
Melalui pengalaman saya bila buat swap test, tak la dia cucuk lebih daripada bahagian hidung. Dalam buku ni dia ada jelas kan jugak kaedah nasopharyngeal swap (hidung) huh panjangnya nama😤, tidaklah sampai ke bahagian rongga (jauf) di bahagian dalam, tak lebih dari hidung pun, hanya sampai ke kawasan nasopharynx iaitu rongga hidung paling atas. Hal ini tidak membatalkan puasa (ms 167 dalam buku ni)

Manakala, keadah oraphrayngeal swap (mulut) akan dimasukkan ke dalam rongga mulut hingga ke kawasan oropharynx iaitu belakang anak tekak dan ia tak melepasi bahagian halkum dan ia hanya untuk mengambil sampel mukus, oleh itu ia tidak membatalkan puasa (ms 168)

-Kanak -kanak 4.8 cm
-Orang dewasa 8-12 cm


message 4: by niksyafirull (last edited Feb 17, 2022 05:54AM) (new) - rated it 5 stars

niksyafirull | 36 comments #4 Perempuan yang Baik-baik Dalam Al-Quran by Muhammad Syaari Abdul Rahman

Buku: Perempuan yang Baik-baik Dalam Al-Quran

Buku yang sangat menarik dan mudah dicerna oleh orang awam atau para pembaca yang baru berjinak-jinak mentadabburi Al-Quran. buku ini mengisahkan sudut pandang Al-Quran terhadap wanita-wanita yang baik melalui sirah mereka, bagaimana mereka diuji dengan ujian dan cobaan yang sangat perit tetapi tetap berusaha bersangka baik terhadap Allah s.w.t.

Jika kita meneliti Al-Quran wanita yang baik bukanlah yang tidak pernah diuji, tidak pernah melakukan kesilapan akan tetapi wanita yang baik ialah mereka yang sentiasa kembali bergantung harap kepada Allah dalam apa pun masalah yang mereka hadapi.


niksyafirull | 36 comments # 5 TAFSIR AL-QURAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT SURAH AL-FATIHAH by Ahmad Saifuddin Yusof

‎Rahsia kalimat (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم) yang Allah guna dalam Al-Qur'an.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Dalam Bahasa Arab, yang dipanggil Nahu, Ba (ب) ini dipanggil sebagai Huruf, Dalam bahasa arab 3 perkara Basic yang kita mesti belajar.
Pertama ialah benda yang dipanggil ism (اسم) kata Nama, Yang kedua orang panggil fi'l (فِعْل) kata kerja Dan ketiga ialah harf (حَرْف) kata sendi. Pertama ism maknanya perkataan2 yang terbentuk nama seperti, Rumah, jalan, air, nasi, buah, durian, dan kereta.Yang kedua jenis perbuatan fi'il.
contonnya, makan, tidur, bangun, menulis. 'Makan itu satu jenis perbuatan. Contoh Perbuatan orang makan dengan tangan. mat saleh panggil verb,ism pula kita panggil nouns😅. Kedua2 ini, iaitu ism, fi'il - ia boleh berdiri sendiri dan tidak perlu ada ayat di depannya.Tetapi yang satu lagi dipanggil haraf.Haraf ini, sejenis perkataan yang tidak boleh bersendirian. Ia mesti berangkai dengan perkataan lain.Sama ada benda lain itu ada depan mata ataupun tidak ada,kalau tidak ada pun,kita kena usaha supaya menjadi ada.Termasuklah huruf Ba (بسم) ini. Orang melayu panggil 'dengan'. Perkataan 'dengan' ini kita tidak boleh hendak keluar dari mulut (terus). Kena ada perkataan lain sebelum daripada itu. Misalnya;

'Datang dengan motokar'.
'Makan dengan tangan'.
'Tulis dengan computer'.

Perkataan 'dengan' ini adalah jenis perkataan yang tidak boleh bersendirian kalau tidak ada perkataan lain di depan terlebih dahulu.
Sekarang ini Allah s.wt guna perkataan Bi maknanya 'dengan'. Tiba2 tidak ada perkataan sebelum daripada huruf Ba (ب) Bagaimana perkataan keluar dengan nama Allah terus? Sebelum daripada perkataan huruf Ba ini, sepatutnya ada perkataan lain,tetapi Allah Ta'ala tidak sebut perkatan itu.

Alim ulama' kita ataupun ahli2 bahasa kita orang panggil Nahwiyyin (Ahli Nahu). mereka tulis,

‎ابدأ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرحيم
-Saya mula dengan Nama Allah.

Barulah perkataan 'dengan itu dikira berguna kerana perkataan 'dengan' tidak boleh bersendirian. Kecuali ia kena bertali dengan bersangkut dengan perkataan lain, perkataan mudah kita cari ialah perkataan,

'Saya mula dengan,
بسم الله الرحمن الرحيم
-Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi maha mengasihani.

Soalnya, kenapa Allah Ta'ala tidak bawa perkataan lain terlebih dulu sebelum huruf Ba, bagi membolehkan manusia faham,bahawa nama Allah ini dimulakan dengan itu atau dengan ini? Jawabnya adalah kerana Allah Ta'ala hendak manusia sendiri yang bubuh/letak perkataan itu segenap kerja manusia.

Contoh: (أقراءُ بِسْم الله)
- Saya membaca dengan nama Allah.

Apa sahaja yang manusia buat, Allah Ta'ala hendak semua perbuatan manusia mesti dimulakan dengan .بِسْمِ اللَّهِ 'Supaya segala gerak geri manusia di muka bumi sebagai hamba aku ini, Aku hendak tengok kamu mula dengan nama aku. Makan, minum, tidur, bangun, hendak bercakap dan hendak apa semua sekali; sebut بِسْمِ اللَّهِ belaka'.


niksyafirull | 36 comments #6 Ini Sekolah Kita by Musa Nuwayri

Buku: Ini Sekolah Kita

Buku yang sangat memberi inspirasi dan semangat yang membuak untuk saya semakin yakin dan berani untuk ke syria sebagai sukarelawan di sana.

Saya membaca buku ini sewaktu SPM, dan saya juga tahu akan penulisnya disebabkan saya juga selalu membantu aktivis sukarelawan untuk mangsa syria (hanya di Malaysia), yang mana seperti yang kita tahu mereka hidup seperti orang yang berpindah randah tampa memiliki rumah disebabkan rusuhan yang berlaku disana.

anak-anak kecil yang kesejukan bila datangnya musim sejuk, tiada pakaian tebal, tiada selimut, bahkan hanya duduk di khemah-khemah.

bayangkan bagaimana mereka nak meneruskan hidup. sedangkan kita di sini (Malaysia) hidup dengan senang lenanag? sedih bukan? kita hanya mampu mendoakan.

inn syaa Allah jika direzekikan, satu hari nanti saya dan yang membaca coretan tulisan saya ini mampu kesana. membantu dan melihat keadaan mereka di bumi nun jauh disana iaitu Syria.


niksyafirull | 36 comments #7 Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran by Imran Zaki

Buku: Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran

Kita sering beranggapan bahawa kesedihan adalah satu perkara yang negatif, seseorang yang menangis selalu dikatakan orang yang layu dan lemah imanya,

sedangkan ia adalah sikap manusiawi, emosi itu diciptakan bersama kita dan semua manusia akan ada waktu ia bersedih lantaran ujian dan dugaan yang dihadapinya.

Kita sering menilai sesuatu pada neraca yang salah, Islam bukan melarang untuk kita bersedih, tetapi islam mengajar kita bagaimana cara kita menghadapi sesuatu perkara yang membuat kita bersedih.

Di dalam buku ini ada satu bab yang menceritakan, bagaimana sudut pandang Al-Qur’an terhadap kesedihan.

Apabila kita membaca al-quran, kita akan menjumpai banyak kisah-kisah daripada keluarga Nabi-nabi yang walaupun seorang rasul tetapi Allah ﷻ menceritakan mereka juga memiliki sifat sedih.

وَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ وَقَالَ يَٰٓأَسَفَىٰ عَلَىٰ يُوسُفَ وَٱبْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ ٱلْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ

“Dan bapa mereka iaitu Nabi Yaakub pun berpaling daripada mereka kerana berita yang mengharukan itu sambil berkata, “Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf”.
Dan putihlah dua belah matanya disebabkan menangis, dukacitanya kerana dia orang yang memendamkan marahnya dalam hati.

(Surah Yusuf: 84)

Apabila kita menghayati setiap kalimah atau perkataan yang Allah ﷻ gunakan di dalam al-quran, kita akan dapati Allah ﷻ lah yang maha mengetahui setiap isi hati manusia, apabila Allah ﷻ sendiri meraikan perasaan Yaakub AS.

Dan kita juga akan mula sedar yang Keluarga para nabi, bukanlah keluarga yang tiada perselisihan.

Akan tetapi para nabi menunjukkan bahawa pengurusan segala ketidaksempurnaan dengan cara terbaik itulah model keluarga terbaik.


niksyafirull | 36 comments #8 Pendiam? by Aiman Amri

Buku: Pendiam

Saya membeli buku ini kerana saya antara salah seorang daripadanya.

Introvert atau nama mudahnya pendiam ini memang lumrah manusiawi yang memang ada sifat malu cuma mungkin kami sedikit ketara daripada orang yang lain.

Buku ini menceritakan sisi-sisi sikap introvert yang selalu disalah erti dan disalah fahami. Ia bukanlah satu kelemahan jika mereka memahani sikap kami.

Bagaimana intovert berfikir, dan bagaimana mereka hidup dalam komuniti ekstrovert.

sebagai contoh saya sendiri, cikgu pernah mengatakan saya seolah-olah orang tiada perasaan dek kerana saya selalu berdiam diri dan selalu berseorang diri.

tapi saya tak ambil hati pun, kerana bukan semua orang faham sikap manusia dari segi ilmu psikologi, saya bukan tak mahu bercakap tapi kurang selesa apabila ditanya atau di soal di kalayak ramai lagi-lagi orang yang saya kurang rapat dan kami introvert mengambil sedikit masa untuk berani bercakap di khalayak ramai.

Bukan tidak pandai berkomunikasi apabila ekstrovert bertanya dan kami hanya jawap sepatah-sepatah yang di tanya tetapi kami kurang selesa apabila orang yang tidak begitu kami kenali atau yang kami tidak rapat untuk berborak dalam jangka waktu yang lama.

Dan saya sendiri akan banyak bercakap apabila saya selesa dengan seseorang itu dan rasa selamat untuk berkongsi dan berborak denganya.

Dan yang terakhir jika mereka memahami sikap kami sebagai introvert, mereka akan memahami bahawa kami lebih teliti dari sudut perasaan, tingkah laku manusia lain dan banyaklah hahaha.


message 9: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments Saya juga membeli buku ini sebab saya juga pendiam. Rupanya ada 4 kategori introvert. Dulu tak tahu istilah ini. Ada emas dalam mulut biasanya ditegur.


message 10: by niksyafirull (last edited Dec 30, 2022 09:56AM) (new) - rated it 5 stars

niksyafirull | 36 comments Kenali Tokoh Hadis yang Tidak Didendang by Muhamad Rozaimi Ramle
#9

Buku: Kenali Tokoh Hadis yang tidak didendang.


niksyafirull | 36 comments Akidah Salaf & Ahli Hadis by Syaikhul Islam Abu Isma’il Ash-Sobuni
#10

Buku: Akidah Salaf & Ahli Hadis


niksyafirull | 36 comments In Their Tested Moments Stories of Strength, Mercy & Hope of the People in the Quran by Muhammad Syaari Abdul Rahman
#11

Buku: In Their Tested Moments: Stories of Strength, Mercy & Hope of the people in the Quran.


niksyafirull | 36 comments Pelestarian Sanad Dalam Pengajian Islam by Abu Joshua
#12

Buku: Pelestarian Sanad dalam pengajian islam.


niksyafirull | 36 comments Salam Kembara Pakistan by Siti Noridah Ab. Rahaman
#13

Buku: Salam Kembara Pakistan.


niksyafirull | 36 comments Sila Baca Jangan Tidur 101 Bingkisan Ilmu, Nasihat, Dakwah & Isu Semasa by Kamilin Jamilin
#14

Buku: Sila baca jangan tidur: 101 Bingkisan kisah ilmu, nasihat, dakwah & isu semasa.


niksyafirull | 36 comments Hamka
#15

Buku: Buya Hamka Berbicara tentang Wanita.


niksyafirull | 36 comments Bukan Begini Sikap Rasulullah by Ahmad Sanusi Azmi
#16

Buku: Bukan begini sikap Rasulullah.


niksyafirull | 36 comments Takhrij Hadith Semak Sebelum Sebar by Shayuthy Abdul Manas
#17

Buku: Takhrij Hadith: Semak Sebelum Sebar.


niksyafirull | 36 comments Asas Kenali Hadis Sahih, Dhaif dan Palsu by Shayuthy Abdul Manas
#18

Buku: Asas Kenali Hadis Sahih, Dhaif dan Palsu.


niksyafirull | 36 comments Manahij al-Muhaddithin Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith by Faisal Ahmad Shah
#19

Buku: Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith


niksyafirull | 36 comments Fizik-lah! by Zamir Mohyedin
#20

Buku: Fizik-lah!


niksyafirull | 36 comments Kerana Dia Anak Syurga by Hamka Kereta Mayat
#21

Buku: Kerana Dia Anak Syurga.


niksyafirull | 36 comments Tafsir Surah Yusuf dan Juzuk 12 by Hamka
#22

Buku: Tafsir Surah Yusuf dan Juzuk 12


niksyafirull | 36 comments Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran by Muhammad Syaari Abdul Rahman
#23

Buku: Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran


niksyafirull | 36 comments BENARKAH MEROKOK TIDAK HARAM by Syihabudin Ahmad
#24

Buku: BENARKAH MEROKOK TIDAK HARAM


niksyafirull | 36 comments Fiqh Al-Sirah 1 by محمد سعيد رمضان البوطي
#25

Buku: Fiqh Al-Sirah 1


niksyafirull | 36 comments Sains-Lah! by Sidang Editor Majalah Sains
#26

Buku: Sains-Lah!


niksyafirull | 36 comments Sains-Lah! 2 by Sidang Editor Majalah Sains
#27

Buku: Sains-Lah 2!


niksyafirull | 36 comments Bolehkah Kita Mengubah Takdir? by Zahiruddin Zabidi
#27

Buku: Bolehkah Kita Mengubah Takdir?


niksyafirull | 36 comments Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor Sebuah Polemik Agama by Hamka
#28

Buku: Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor: Sebuah Polemik Agama


niksyafirull | 36 comments Ummahat Al-Mu’minin Mengenali Para Isteri Rasulullah ﷺ by Muhamad Rozaimi Ramle
#29

Buku: Ummahat Al-Mu’minin: Mengenali Para Isteri Rasulullah ﷺ


niksyafirull | 36 comments Panduan Perbankan Islam Kontrak & Produk Asas by Zaharuddin Abdul Rahman
#30

Buku: Panduan Perbankan Islam: Kontrak & Produk Asas


niksyafirull | 36 comments Be Eshme Elohim Sang Penuntun Hati by Maszlee Malik
#31

Buku: Be Eshme Elohim: Sang Penuntun Hati


niksyafirull | 36 comments Karut! by Ahmad Iqram Mohamad Noor
#32

Buku: Karut!


niksyafirull | 36 comments Perempuan dari Masa Lalu by Wafa Awla
#33

Buku: Perempuan dari masa lalu.


niksyafirull | 36 comments Poskad-Poskad Penghujung Semester by Hafizul Faiz
#34

Buku: Poskad-poskad penghujung semester.


back to top