Ibnu Din Assingkiri's Blog: Catatan Ibnu Din Assingkiri
March 3, 2016
Banyak Akal
Kelapa tua dibuang jangan,
Lemaknya banyak terlalu pekat;
Orang yang tua diremeh jangan,
Akalnya banyak kalau menyakat.
Bukit Tambun, Pulau Pinang
17 Mac 2015
Lemaknya banyak terlalu pekat;
Orang yang tua diremeh jangan,
Akalnya banyak kalau menyakat.
Bukit Tambun, Pulau Pinang
17 Mac 2015
Published on March 03, 2016 19:31
•
Tags:
ibnudinassingkiri, pantun
October 15, 2015
Pendakian
Lutut goyah
Nafas patah
Dada payah.
Tegar hati
Utuh jatidiri
Degil-mati.
Kenalpasti-
Layakkah diri
Di puncak berdiri.
Hutan Lipur Ceruk Tok Kun, Pulau Pinang
14 Februari 2015
Nafas patah
Dada payah.
Tegar hati
Utuh jatidiri
Degil-mati.
Kenalpasti-
Layakkah diri
Di puncak berdiri.
Hutan Lipur Ceruk Tok Kun, Pulau Pinang
14 Februari 2015
Published on October 15, 2015 01:22
•
Tags:
ibnudinassingkiri
October 14, 2015
Lorong Berhujung Buntu
Desir angin berbisik
hembus panahan selumbar
menjadi sayatan wasangka
meroyak luka lama.
Segala daya dan juang
hanya lorong berhujung buntu
terkatup pintu percaya
dikunci buat selamanya.
Kepala Batas, Pulau Pinang
25.06.2011
*Lentera Sastra. Penerbit Sembilan Mutiara Publishing, Trenggalek, Jawa Timur, 2013

Published on October 14, 2015 20:22
•
Tags:
ibnudinassingkiri
September 2, 2015
Hadiah Sajak Buat Puisi
(Sempena hari puisi sedunia)
Bara garang menyala
Ingin ikut sayembara
Hilang seketika tatkala
Keringat menjadi letupan
Sebelum terpadam
Menimpa api keinginan
Yang makin mengecil...,
Kalut saat akhir tak mungkin
Lahir anak sajak yang sihat
Pagi-pagi ke hujung nusa
Bersilat jurus pantun tradisi
Dan terbang lagi ke selatan
Mengisi atmosfera dunia hakiki.
Di kekunci telefon bimbit ini
Menggigit-gigit bibir sendiri
Apakah sajak tempahan akan
Membolongkan jiwa penulis
Atau menyejat rasa pembaca
Bukankah hari puisi sedunia
Telah menempah sebuah sajak
Sekurang-kurangnya sebuah--
Sebagai hadiah kepada puisi
Di hari ulangtahunnya hari ini.
Kalau kurang istimewa, maafkan
Kerana lewat malam minggu-
Kedai cenderahati sudah ditutup.
Bukit Tambun, Pulau Pinang.
21.03.2015
Bara garang menyala
Ingin ikut sayembara
Hilang seketika tatkala
Keringat menjadi letupan
Sebelum terpadam
Menimpa api keinginan
Yang makin mengecil...,
Kalut saat akhir tak mungkin
Lahir anak sajak yang sihat
Pagi-pagi ke hujung nusa
Bersilat jurus pantun tradisi
Dan terbang lagi ke selatan
Mengisi atmosfera dunia hakiki.
Di kekunci telefon bimbit ini
Menggigit-gigit bibir sendiri
Apakah sajak tempahan akan
Membolongkan jiwa penulis
Atau menyejat rasa pembaca
Bukankah hari puisi sedunia
Telah menempah sebuah sajak
Sekurang-kurangnya sebuah--
Sebagai hadiah kepada puisi
Di hari ulangtahunnya hari ini.
Kalau kurang istimewa, maafkan
Kerana lewat malam minggu-
Kedai cenderahati sudah ditutup.
Bukit Tambun, Pulau Pinang.
21.03.2015
Published on September 02, 2015 01:13
•
Tags:
sajak-ibnu-din-assingkiri
Sia-sia Kalau Teriak-teriak Waktu Baca Sajak
Tak percaya, mereka tidak seperti kita?
Bukan beza pada kerusi atau fesyen dasi,
Pada gelar pangkat bertingkat-tingkat
Atau jenama jam tangan, juga tas tangan.
Mereka tuli. Mereka tidak peduli
Akan getir payah hidup kita bersusah
Diikat perut oleh cukai serta harga menjerut,
Dihimpit kuasa beli semakin kecil nyali.
Lihatlah air muka yang bermuka-muka
Jasad di sini, fikiran peleseran di sana-sini
Kita hadir dengan cinta bahasa juga sastera
Mereka hadir untuk digilap piala kuasa.
Sia-sia kalau teriak-teriak waktu baca sajak
Tsunami dari dalam diafram sudah tenggelam
Dalam kompang sembang para tamu diundang
Syyyhhh! Tarik nafas, perlahan-lahan dilepas....
Batu Kawan, Pulau Pinang.
02.06.2015

Published on September 02, 2015 01:09
•
Tags:
sajak-ibnu-din-assingkiri
Ketololan Berjemaah
(Sajak Indomie Mi Goreng Rasa Cabe Ijo)
Ketololan adalah nasi talam
digaul saksama. Sama-sama
kunyah dan telan berjemaah.
Apakah tidak tolol
pembayar cukai bersusah-payah
menggaji penyamun?
Ketololan menjadi infiniti
bila ketua pasukan penguatkuasa
adalah kepala penyamun.
Oi! para pembayar cukai,
bangkitlah dan bertindak
sebagai majikan bijak.
Batu Kawan, Pulau Pinang.
08.07.2015
Ketololan adalah nasi talam
digaul saksama. Sama-sama
kunyah dan telan berjemaah.
Apakah tidak tolol
pembayar cukai bersusah-payah
menggaji penyamun?
Ketololan menjadi infiniti
bila ketua pasukan penguatkuasa
adalah kepala penyamun.
Oi! para pembayar cukai,
bangkitlah dan bertindak
sebagai majikan bijak.
Batu Kawan, Pulau Pinang.
08.07.2015
Published on September 02, 2015 01:08
•
Tags:
sajak-ibnu-din-assingkiri
May 28, 2015
Status Penderitaan
(Masih Menunggu)
Penderitaan menunggu
diluluskan birokrasi
dalam bot-bot sesak
terkandas tak dibantu,
di reban-kandang berselut
dalam hutan di sempadan.
"Ding-Dong-Ding-Dong!
Pengumuman:
Harap bersabar semua Penderitaan,
kami masih bergelut menyelesaikan
masalah matematik paling renyah:
42 bilion – 15 bilion = berapa?
Terima kasih"
Batu Kawan, Pulau Pinang.
28.05.2015
Penderitaan menunggu
diluluskan birokrasi
dalam bot-bot sesak
terkandas tak dibantu,
di reban-kandang berselut
dalam hutan di sempadan.
"Ding-Dong-Ding-Dong!
Pengumuman:
Harap bersabar semua Penderitaan,
kami masih bergelut menyelesaikan
masalah matematik paling renyah:
42 bilion – 15 bilion = berapa?
Terima kasih"
Batu Kawan, Pulau Pinang.
28.05.2015
Published on May 28, 2015 20:56
•
Tags:
sajak-ibnu-din-assingkiri
May 11, 2015
"Giveaways" 2 Buku Terbaru "Kumpulan Puisi: Jejak-Jejak Di Pantai" (ITBM, 2015)
Assalamualaikum & salam sejahtera Goodreads,
Seperti yang dijanjikan tempohari, saya ingin menawarkan "Giveaways" buku terbaru saya terbitan ITBM, 2015. KUMPULAN PUISI: JEJAK-JEJAK DIPANTAI. Sebanyak 2 buah buku ditawarkan. "Giveaways" boleh dimohon sehingga 11 JULAI 2015 (tempoh 2 bulan) Kepada yang ingin mencuba sila klik link yang saya berikan di bawah ini. Selamat mencuba semoga berjaya.
(Terbuka kepada semua pemastautin yang beralamat di Malaysia.)
Terima kasih,
Ibnu Din Assingkiri
Sila klik link untuk turut serta:
https://www.goodreads.com/giveaway/sh...
Link maklumat buku:
https://www.goodreads.com/book/show/2...

Published on May 11, 2015 18:11
•
Tags:
giveaways, ibu-din-assingkiri
Catatan Ibnu Din Assingkiri
Lintasan-lintasan idea yang kebanyakan akhirnya menjadi puisi/karya murni dan besar kemungkinan dibukukan.
Jadi andalah yang pertama melihatnya dalam bentuk "bahan pra-pemurnian" jika menjadi pengikut Lintasan-lintasan idea yang kebanyakan akhirnya menjadi puisi/karya murni dan besar kemungkinan dibukukan.
Jadi andalah yang pertama melihatnya dalam bentuk "bahan pra-pemurnian" jika menjadi pengikut blog di Goodreads ini.
Silakan.... ...more

- Ibnu Din Assingkiri's profile
- 10 followers