/1/
jarak antara kota kelahiran
dan tempatnya tinggal sekarang
dilipatnya dalam salah satu sudut
yang senantiasa berubah posisi
dalam benaknya
/2/
jarak itupun melengkung
seperti tanda tanya
/3/
buru-memburu dengan jawabannya
Kolam: Buku Puisi Sapardi Djoko Damono
Sajak ini ialah pertanyaan diri kita yang telah lama teredam, mungkin pertanyaan itu tertinggal di balai menunggu lapangan terbang 5 tahun dahulu, atau hilang di bawah almari seperti 2 keping syiling itu yang kita sendiri tak ada ingatan tentangnya. Kenapa kau datang ke India, England, Kaherah atau Irbid.
Jawapan pertanyaan itu mungkin telah kau renyukkan bersama nota pertama kuliah yang dibuang usai peperiksaan. Soalnya, selepas setahun, dua tahun, kau tak pernah peduli lagi kenapa kau disini. Ah esok lagi ke dewan kuliah, tugasan hospital belum beres.
Seperti puisi ini, pertanyaan kenapa kau kesini telah disimpan jauh di dalam kepala kau, dan akhirnya kau pun tak pasti, kenapa kau disini. Kita bukanlah menjadi dewasa kerana kita membesar, tapi kerana kita telah lupa girangnya menjadi kanak-kanak. Kau pun tahu kan, kita telah jauh dari syurga, dan kita tak lupa kenapa kita disini.
Published on
September 25, 2014 10:02
•
Tags:
puisi, sapardi