Goodreads Malaysia discussion

27 views
Arkib (Maraton Membaca 2017) > Misi membaca - Noraini

Comments Showing 1-17 of 17 (17 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by noraini (new)

noraini dmn | 15 comments Assalamualaikum, semua.
Saya baru nak cuba masuk maraton ni.


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Selamat membaca bersama2 ;)


message 3: by noraini (new)

noraini dmn | 15 comments Terima kasih! :D


message 5: by noraini (new)

noraini dmn | 15 comments Buku kedua: NW oleh Zadie Smith


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Selamat membaca. Kalau berkesempatan, mohon diulas beberapa baris mengenai setiap buku yang dah baca :) - lebih menggalakkan diskusi.


message 7: by noraini (new)

noraini dmn | 15 comments Ok, nanti saya cuba. Tak pandai sangat nak buat ulasan sebenarnya.


message 8: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Noraini wrote: "Ok, nanti saya cuba. Tak pandai sangat nak buat ulasan sebenarnya."

Saya pun tak pandai juga tapi ulasan tu mendisplinkan saya untuk mencatat walaupun sebaris ayat.


message 9: by noraini (new)

noraini dmn | 15 comments Haryati wrote: "Saya pun tak pandai juga tapi ulasan tu mendisplinkan saya untuk mencatat walaupun sebaris ayat."

Bagus juga idea tu. Nanti saya masukkan komen dalam dua tiga baris gitu.


message 10: by noraini (new)

noraini dmn | 15 comments Buku ketiga: Passing oleh Nella Larsen.

Novel pendek yang ditulis pada akhir 1920-an tentang kehidupan masyarakat kelas menengah kulit hitam yang masih menjadi mangsa rasisme di utara Amerika Syarikat.


message 11: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Mengingatkan saya novel The Color Purple dan filemnya juga.


message 12: by noraini (new)

noraini dmn | 15 comments Najibah wrote: "Mengingatkan saya novel The Color Purple dan filemnya juga."

Belum sempat membaca The Color Purple tapi dah tengok filemnya. Rasanya novel ni tak sama. Ini lebih kepada kehidupan urban wanita Amerika Afrika yang kaya-kaya, tetapi masih terbelenggu dengan masalah rasisme. Sehinggakan mereka yang berkulit cerah sedikit pada waktu tu terpaksa 'berlakon' menjadi orang putih untuk meneruskan kehidupan.


message 13: by noraini (new)

noraini dmn | 15 comments Buku Keempat: Hari-hari Terakhir Seorang Seniman oleh Anwar Ridhwan

Kisah tragis tentang seorang tukang cerita tua di sebuah kampung sewaktu zaman sebelum merdeka dahulu. Bahasanya indah, terdapat perincian terhadap watak-watak penting dan elaborasi babak tertentu juga yang agak memuaskan tetapi seperti ada yang tak cukup - kisah ini tidak dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya sebagai pembaca.


message 14: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
noraini wrote: "Buku Keempat: Hari-hari Terakhir Seorang Seniman oleh Anwar Ridhwan

Kisah tragis tentang seorang tukang cerita tua di sebuah kampung sewaktu zaman sebelum merdeka da..."


Dalam list-to-read saya juga ni. Insya Allah bulan ni mula kalau takde aral.


message 15: by noraini (new)

noraini dmn | 15 comments Najmuddin wrote: "Dalam list-to-read saya juga ni. Insya Allah bulan ni mula kalau takde aral"

Selamat membaca!


message 16: by noraini (last edited Mar 10, 2017 07:43PM) (new)

noraini dmn | 15 comments Buku kelima: Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara oleh Syed Husin Ali

Buku tentang kehidupan penulis di bawah tahanan akta keselamatan dalam negeri. Terkejut juga dengan cara manipulasi psikologi dan soal siasat yang digunakan oleh pihak berkuasa. Selama ini dalam cerita 'true crime' dan lain-lain tak terasa pulak kasihan kepada tahanan yang disoal dengan kasar dan disepak terajang. Tetapi dalam buku ini kita dapat melihat melalui perspektif tahanan. Sama ada tahanan tersebut salah atau betul, itu perkara lain. Cara mereka dilayan itu isunya.


message 17: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Cerita-cerita dalam tahanan memang mengerikan... Filem-filem seumpamanya terutama, kalau ditonton memang menghiris kemanusiaan :(


back to top