Goodreads Malaysia discussion
Arkib (Maraton Membaca 2017)
>
Misi membaca - Noraini
date
newest »

Selamat membaca. Kalau berkesempatan, mohon diulas beberapa baris mengenai setiap buku yang dah baca :) - lebih menggalakkan diskusi.

Saya pun tak pandai juga tapi ulasan tu mendisplinkan saya untuk mencatat walaupun sebaris ayat.

Bagus juga idea tu. Nanti saya masukkan komen dalam dua tiga baris gitu.

Novel pendek yang ditulis pada akhir 1920-an tentang kehidupan masyarakat kelas menengah kulit hitam yang masih menjadi mangsa rasisme di utara Amerika Syarikat.

Belum sempat membaca The Color Purple tapi dah tengok filemnya. Rasanya novel ni tak sama. Ini lebih kepada kehidupan urban wanita Amerika Afrika yang kaya-kaya, tetapi masih terbelenggu dengan masalah rasisme. Sehinggakan mereka yang berkulit cerah sedikit pada waktu tu terpaksa 'berlakon' menjadi orang putih untuk meneruskan kehidupan.

Kisah tragis tentang seorang tukang cerita tua di sebuah kampung sewaktu zaman sebelum merdeka dahulu. Bahasanya indah, terdapat perincian terhadap watak-watak penting dan elaborasi babak tertentu juga yang agak memuaskan tetapi seperti ada yang tak cukup - kisah ini tidak dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya sebagai pembaca.
noraini wrote: "Buku Keempat: Hari-hari Terakhir Seorang Seniman oleh Anwar Ridhwan
Kisah tragis tentang seorang tukang cerita tua di sebuah kampung sewaktu zaman sebelum merdeka da..."
Dalam list-to-read saya juga ni. Insya Allah bulan ni mula kalau takde aral.
Kisah tragis tentang seorang tukang cerita tua di sebuah kampung sewaktu zaman sebelum merdeka da..."
Dalam list-to-read saya juga ni. Insya Allah bulan ni mula kalau takde aral.

Selamat membaca!

Buku tentang kehidupan penulis di bawah tahanan akta keselamatan dalam negeri. Terkejut juga dengan cara manipulasi psikologi dan soal siasat yang digunakan oleh pihak berkuasa. Selama ini dalam cerita 'true crime' dan lain-lain tak terasa pulak kasihan kepada tahanan yang disoal dengan kasar dan disepak terajang. Tetapi dalam buku ini kita dapat melihat melalui perspektif tahanan. Sama ada tahanan tersebut salah atau betul, itu perkara lain. Cara mereka dilayan itu isunya.
Cerita-cerita dalam tahanan memang mengerikan... Filem-filem seumpamanya terutama, kalau ditonton memang menghiris kemanusiaan :(
Books mentioned in this topic
Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara (other topics)Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (other topics)
Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (other topics)
The Color Purple (other topics)
The Color Purple (other topics)
More...
Authors mentioned in this topic
Syed Husin Ali (other topics)Anwar Ridhwan (other topics)
Anwar Ridhwan (other topics)
Nella Larsen (other topics)
Zadie Smith (other topics)
More...
Saya baru nak cuba masuk maraton ni.