Hujan dalam komposisi (3), Sapardi
Dan tik-tok jam itu kita indera kembali akhirnya
terpisah dari hujan
Kolam: Buku Puisi
Ada orang bertanya, apa yang saya suka. Selain filem Perancis, British accent, puisi Sapardi, Gibran dan hal-hal lain. Saya juga suka awan, hujan dan petrichor.
Awak tahu kenapa saya sangat mencintai hujan, sebab waktu hujan turun ialah waktu yang paling damai di atas dunia. Sebab itulah orang banyak mengatakan waktu hujan ialah waktu yang paling baik untuk tidur, atau dengar lagu Yann Tiersen di tepi jendela.
Hujan ialah isyarat dari Tuhan kepada kita. Al-Quran 30:48-49.
Hujan ialah Tuhan menghidupkan tumbuhan yang mati, dan hati kita juga, dengan mengambil peringatan darinya. Al-Quran 35:9/ 45:5.
Petrichor. Dahulu sewaktu mula-mula datang ke India, tempat kami beberapa lama dilanda kemarau, dan satu hari dalam Dewan Diseksi Kadaver jam tiga petang kami dengar bunyi yang tak lari dari bunyi waktu air hujan jatuh pada bumbung. Mulanya saya ingat bunyi kipas, tapi kemudian ada seorang perempuan yang menegur, katanya bau ini bau hujan.
Petrichor berasal dari perkataan Greek, petra yang bermaksud batu dan ichor, sejenis cairan yang mengalir dalam pembuluh darah dewa-dewa dalam mitos Greek.
Petrichor ialah bau khas yang muncul dari hujan pertama selepas kemarau yang panjang. Jadi selepas ini kalau awak berdiri di tepi jendela waktu hujan dan ada bau yang istimewa dari tanah, itulah petrichor!
Hujan pun sangat dekat dengan penyair besar Romantis kegemaran saya dari Indonesia, Sapardi Djoko Damono. Sajak yang paling terkenal tentulah Hujan Bulan Juni. Tapi kali ini saya cuma nak bercakap tentang sebuah sajak beliau tentang hujan yang lain iaitu Hujan dalam komposisi 3,

-Sapardi Djoko Damono, Hujan dalam komposisi 3.
Sajak ini cuma terangkum dalam dua baris, seingat saya cuma ada dua yang bentuknya begini yang lain ialah sajak Tuan.
Walaupun ringkas, tapi sajak ini sebenarnya sarat dengan emosi. Ingatkah yang saya sebut di awal tadi, waktu hujan ialah waktu yang paling damai sekali di atas dunia.
Jadi waktu hujan turun ialah waktu yang terpisah dari dunia nyata, berjalan dengan sangat perlahan dan menarik lengan awak dengan lembut ke dalam dirinya yang tenang.
Keadaannya ialah seperti saya yang baru sahaja selesai peperiksaan tempoh hari, atau awak baru sahaja menghabiskan hari yang sangat sibuk hingga kudrat tak terasa sampai lagi kepada tubuh, apabila dunia terasa sempit dan manusia-manusia sekeliling hanyalah sekumpulan bayang-bayang judgemental yang menghentam awak secara kolektif dan masa lapang hanya wujud antara jarak kerja yang sekarang dan seterusnya.
Ketika itulah, Tuhan menurunkan isyaratnya.
Sebab hujan juga menurunkan perasaan damai ke dalam hati awak. Jadi waktu itu, seolah-olah awak, saya dan mereka telah mengabur ke ruang waktu hujan turun. Kita ialah titis-titis yang turun ke bumi, yang memetik daun-daun untuk menari, yang singgah pada bumi yang kontang tanda Tuhan sentiasa ada. Waktu itu kita bukan lagi jasad yang berdiri tepi jendela, waktu itu kita telah menjadi hujan itu sendiri. Damai dan bebas, alangkah.
Tapi waktu itu, tanpa diduga ada kita direnggut ke alam nyata oleh tik-tok jam. Sebab itulah Sapardi menyatakan dari bunyi jam itu, kita indera kembali akhirnya. Maksud kata indera ialah berupa, atau berwujud semula. Jadi selepas kita didakap dengan perasaan damai kemas-kemas, waktunya untuk kembali kepada dunia nyata. Tuhan menurunkan hujan sebagai waktu senggang kepada hari yang sibuk, supaya kita sedar bahawa matlamat akhir bukanlah hanya untuk menjadi seperti mesin yang bekerja sampai habis usia.
Dan kerehatan pun bukan lah untuk selamanya. Dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat.
Jadi walaupun kita terpisah dari hujan, paling tidak Tuhan telah membenarkan kita merasai damai.
Dan sesungguhnya sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa.

No comments have been added yet.