(Sempena hari puisi sedunia)
Bara garang menyala
Ingin ikut sayembara
Hilang seketika tatkala
Keringat menjadi letupan
Sebelum terpadam
Menimpa api keinginan
Yang makin mengecil...,
Kalut saat akhir tak mungkin
Lahir anak sajak yang sihat
Pagi-pagi ke hujung nusa
Bersilat jurus pantun tradisi
Dan terbang lagi ke selatan
Mengisi atmosfera dunia hakiki.
Di kekunci telefon bimbit ini
Menggigit-gigit bibir sendiri
Apakah sajak tempahan akan
Membolongkan jiwa penulis
Atau menyejat rasa pembaca
Bukankah hari puisi sedunia
Telah menempah sebuah sajak
Sekurang-kurangnya sebuah--
Sebagai hadiah kepada puisi
Di hari ulangtahunnya hari ini.
Kalau kurang istimewa, maafkan
Kerana lewat malam minggu-
Kedai cenderahati sudah ditutup.
Bukit Tambun, Pulau Pinang.
21.03.2015